The Apprentice Asia- Episod 9

The Apprentice Asia- Episod 9

The Apprentice Asia
The Apprentice Asia Episod 9 yang tinggal hanyalah Sam, Alexis, Andrea dan Jon.
Episod kali ini  tiada tugasan khas untuk mereka. Dimana mereka akan di temuduga oleh 3 penemuduga yang dipilih oleh Tony Fernandes iaitu:

  • Stuart Dean – President and CEO of General Electric ASEAN
  • Aireen Omar – CEO of AirAsia
  • Ruben Gnanalingam – CEO of Westports Malaysia
Dalam episod kali ini 2 orang yang akan dipecat!!
Tiada tugasan hanya temuduga tapi 2 orang akan dipecat sekali gus..huhuhuhuhu. Dahsyat episod 9 ini..

Pandangan Penemuduga Terhadap Alexis
The Apprentice Asia- Episod 9
Stuart kagum pandangan Alex tentang Asia tetapi beliau sedikit bimbang motivasi Alex kerana nak jadi Apprentice Tony atau wang.
Ruben pula berkata Alex ini mempunyai tenaga dan pengalaman tetapi beliau tak dapat nak cungkil personaliti Alex. Percakapannya semuanya terlalu am.
Arieen pula berpendapat Alex ini sangat angkuh dan merupakan yang paling lemah antara semua peserta.





Pandangan Penemuduga Terhadap Sam
The Apprentice Asia- Episod 9Aireen berpendapat Sam seorang yang analitik dan sesuai dengan dengan Air Asia.
Stuart  pula berpendapat Sam adalah peserta yang dapat memberi penambahbaik kepada Air Asia.
Tetapi Kathleen menngingatkan Tony bahawa Sam dalam jangka masa panjang akan mengecewakan Tony dan Ruben juga mengatakan Sam mengetahui segala-galanya tentang Tony.
Aireen menambah bahawa Sam mahu menjadi seperti Tony Fernandes!!!


Pandangan Penemuduga Terhadap Andrea
The Apprentice Asia- Episod 9Semua setuju Andrea adalahseorang yang bijak!!
Stuart mengatakan Andrea tidak akan berjaya dalam masa satu hari, sebulan atau setahun tetapi satu hari ia akan menjadi bintang dalam Air Asia!!
Ruben mengatakan antara semua peserta Andrea adalah yang paling kurang berpengalaman. Tetapi Tony cepat-cepat mencelah ' “I had zero experience in the airline business. Honestly, I don’t care whether she has experience.” 



Pandangan Penemuduga Terhadap Jon
Semua penemuduga memberi pandangan yang baik tentang Jon.
The Apprentice Asia- Episod 9
Ruben mengatakan Jon penuh dengan semangat dan beliau merasakan Jon mudah dibentuk.
Walau bagaimanapun Stuart tak begiru yakin dengan Jon.

Tony pula bimbang adakah pekerja Air Asia suka dengan Jon kerana beliau kurang kurang tersenyum dan terlalu stress...
Tetapi Aireen merasakan Jon akan mendapat respek dari staff Tony.
You Are Fired


The Apprentice Asia
Setelah berfikir sejenak, orang pertama Tony Fernandes pecat ialah Sam!!
Beliau memecar Sam kerana Sam terlalu berfikiran analituk dan merasakan ia tidak sesuai dengan budaya Air Asia.

Kemudian beliau memecat Alexis. Sebelum itu beliau mengatakan beliau harus memecat seorang lagi peserta kerana dalam tugasan ini beliau perlu memecat dua peserta.
Tony mengatakan bahawa dia tidak dapat memahami motif sebenar Alexis sertai The Apprentice Asia ini dan Tony berpendapat belaiu ingin menggunakan Air Asia sebagai batu loncatan ke arah yang lebih baik!!

Akhirnya yang berjaya ke final ialah  Andrea dan Jon. Tahniah buat mereka. Aku sebenarnya tabik dengan keempat-empat peserta ini dan merasakan mereka semua layak menjadi yang terbaik.
Tak sabar nak tahu apakah tugasan terakhir mereka berdua!!!
Tapi secara peribadi aku lebih suka Jon....hehehehehhe
The Apprentice Asia


Catat Ulasan

14 Ulasan

Kak iman berkata…
eh yg perempuan dri malaysia 2 dah terkeluar ek?dah laama xnengok episod ni sbb xtau pukul bpe n CH mne. hari tu tgk sbb kebetulan je
Unknown berkata…
episod yg paling mendebarkan
nasib baik andrea sempat ke final
mmg mencabar la temuduga tu...sume panel berpeluh-peluh
Zawiah berkata…
saya x pernah tgk program nih . cuma baca review entry bro jer . lagi mudah ... heheheee
boni kacak berkata…
sam kena pecat sebab tony takut sam pihak kepala dia kot.. hehehe
temuduga sesuatu yang mencabar. Tapi semuanya pasti pernah mengalaminnya kan :-) Tahniah kepada meraka yang berjaya ke tahap ini. Kita tunggu tugasan terakhir mereka.
Tanpa Nama berkata…
xde follow prog ni...^^
xde chanel tu..hehe
Blog Santai berkata…
Dah miss dua episode. Nway congrats to both of them. Nway i pun prefer Jonathan coz dia ni memang focus dari awal..andrea memang tak dinafikan bijak. Mungkin dia juga ada harapan coz Tony macam suka kat dia je..
semakin mencabar la lepas ni.
Tanpa Nama berkata…
sampai sekarang tak tengok lagi...
Cik Nor berkata…
xpernah layan pon..haha
Cik Nor berkata…
xpernah layan pon..haha
Tanpa Nama berkata…
terlepas episod ni.. mujur abg hanif de review ..terima kasih banyak2..kalau tak,dah lost dah..hihih

tak sangka gak sam n alex kne pecat tpi reason tony mmg ada betul jugak..
Tanpa Nama berkata…
Tony demand someone yang muda dan bertenaga. Andrea dan Jon meskipun muda dan kurang pengalaman tetapi personaliti mereka,personaliti yang masih di tahap rebung..bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya...Tony nakkan seseorang yang senang dia nak lentur...dua butir belian yang dia mahu gilap dan nak dijadikan sesuatu yang istimewa..bukan aku tak suka Sam tetapi aku rasa Sam terlalu sukar nak dibentuk...dia dah terlebih experience dan budaya kerja dia nyata tak sama dgn budaya air asia di mana keputusan harus dibuat dengan cepat...dia sukakan Tony Fernandes sbb kejayaan Tony bukannya sbb motivasi..Begitu juga Alex...masa dia menyelesaikan 8 tugas yang lalu memang nampaklah dia adalah seorang man power dan blh jadi apprentice tetapi sayang sekali..dia gagal tunjukkan potensi dia masa interview..macam aireen katalah, rupa parasnya menarik dan dia mungkin terganggu dgn pramugari yang jelita...betul juga..jawapan yang dia jawab juga secara am dan maaflah klu aku ckp. alex agak perasan bagus di mata penemuduga..kata-katanya dilihat banyak menganggu gugat perasaan orang yang nyata tidak suka dipijak kepala..alex gagal membuatkan penemuduga rasa selesa dgnnya..senang cerita dia dgn sam ada karekter macam ini "ikut suka akulah"..
Sukma berkata…
tak pernah tengok pun....hehe