Mat Rempit Syawal 2013 Kurang Sangat

Mat Rempit Syawal 2013 Kurang Sangat

Mat Rempit Syawal 2013
Gejala Mat Rempit sering menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar yang dianggap sebagai golongan yang mengadai nyawa dalam mempersembahkan aksi stunt yang merbahaya.

Gejala Mat Rempit menjadi popular semenjak ia di war-warkan dalam Edisi Siasat dahulu hingga ia melekat menjadi satu tanggapan negatif akan sikap perilaku mereka yang kurang ajar dan ganas.

Kemunculan Mat Rempit ini tidak menentu masanya tetapi yag pasti jika ada perayaan, sudah pasti kita akan melihat kelibat mereka yang menunggang motor beramai-ramai melebihi 10 orang dan adakalanya hingga 50 orang.

Mat Rempit Syawal 2013
Dan tahun ini Syawal 2013 aku agak sukar melihat kelibat Mat Rempit ini. Aku hanya lihat sekali sahaja, itupun pada Syawal ketiga dengan 10 penunggang motosikal.

Apakah penunggang Mat Rempit sudah mula kehilangan sedikit demi sedikit. Aku rasa lama-kelamaan golongan Mat Rempit ini tidak akan sehebat seprti zaman aku dan zaman sekarang ini.

Kerana anak-anak muda sekarang semuanya dah pakai kereta...hehehehehe.
Gejala kemampuan anak-anak muda bertukar dari motor ke kereta semenjak kerajaan menetapkan gaji minimum RM900.

Ibu bapa hanya bantu membayar deposit kereta dan anak-anak muda ini hanya membayar bulanan kereta dari harga RM350 hingga RM500. Itu harga mampu bayar oleh seorang anak muda walau pun mereka bekerja sebagai operator pengeluaran!!!

Itu belum lagi kalau mereka overtime, gaji mereka boleh mencecah hingga RM1500 sebulan.

Aku bukan penentang Mat Rempit malah aku suka mereka. Mereka jadi ganas kerana perhatian yang melebih-lebih kita ke atas mereka. Itu sahaja..

Dan aku akan merindui mereka semua...hehehehehehe



Catat Ulasan

11 Ulasan

Cik Nor berkata…
lama xrempit g kerja..haha
TiranaAduka berkata…
salam nep
Maaf lambt sampai.
Lawatan ptg syawal tirana aduka..
Pekabar bro anep?
Tanpa Nama berkata…
rempit kurang,snipper pulak menjadi2..huhuhu..
Bunda_nora berkata…
hari raya...ada rasa insaf sikit agaknyer..
ish, xsuka mat rempit. suka bawa motor laju2.
Aimacomel berkata…
diorg lebih sayang nyawa skg ni, bagus ler gitu.. hehehe
mselim3 berkata…
Assalammualaikum..bro,

moga2 dan berharap2 agar terus pupus gejala merempit nie...

mselim3
Unknown berkata…
Salam.. Jemput ke blog saya.
Www.nurulasihqah.blogspot.com
Unknown berkata…
Salam.. Jemput ke blog saya
Www.nurulasihqah.blogspot.com
OKje berkata…
Dah lama tak merempit ni......hehe masa tak de keta, zaman anak dara dulu....moto le jadi tunggangan kt kg tu
ayut berkata…
mat rempit...diorg ni ada baiknya sbb semangat diorg tu dan keberanian dirg tu tp bila bab dh jmpe gegng smua jd bermasalah...hihihi