Kata-kata Untuk Di Amati Bersama

Kata-kata Untuk Di Amati Bersama

hanifidrus
 
1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
 
2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu  besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.
hanifidrus
3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
 
4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.
 
 
 
5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
 
6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!
 
7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.
hanifidrus
8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki   bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "
 
9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.
 
10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.
 
Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang. (dihantar oleh Us Zahazan)
 
Ingatkan nak tulis tajuk entri " Wordless Wednesday" tapi panjang sangat kata-kata ini....hehehehhe.
Untuk dikongsi bersama
 
 

Catat Ulasan

13 Ulasan

Unknown berkata…
walaupun hari ini hari bisu untuk blog tapi kata-kata ini membuatkan kita bisu 1000 bahasa
Aimacomel berkata…
Abg hanif, thanks alot.. serius ayat2 ni sgt baik utk otak..
Unknown berkata…
menarik kata-kata tuh..:)
Mummy MM berkata…
Kata-kata yang bernas
kata2 yang sangat bermakna...
Unknown berkata…
alhamdulillah...WW yg bermakna buat kami semua
byk mesej yg disampaikan
moga jd peringatan buat kami
Adam Hakimie berkata…
Salam abg hanif.. tak apa tak de wordless.. entri ni lagi berfaedah.. :)
Tanpa Nama berkata…
betul tu..terkejut pulak masa masuk blog ni...wajah baru..hitam itu menawan...
Unknown berkata…
kata2 motivasi dan perangsang untuk diri dan otak.tq mr hanif.suka baca kata2 motivasi :)
Sukma berkata…
suka cermin pandang ke depan....theme blog dah tukar....hehe
Zawiah berkata…
dah berwajah baru ... semua kata2 itu menginsafkan ...
OKje berkata…
Bagus ....penuh bermakna mutisra kata tu...
Ini bukan komen sebab nk cepat....hehe
Blog Santai berkata…
Penuh makna tersurat dan tersirat...