Kisah Bukti Kebesaran Allah

Kisah Bukti Kebesaran Allah

hanifidrus
Salam satu blogger. Sebenarnya dah 2 minggu perkara ini berlaku dan ianya membuat aku terpikir dan kagum dengan kebesaranNya.  Perkara ini berlaku di kilang aku.

Ceritanya begini, dikilang tempat aku kerja ini terdapat seorang pemuda Gen Y yang sering sering datang lewat hingga mengganggu produksi. Hampir 7 bulan sering datang lewat dan absense, nak kata tak kena marah ngan aku, memang selalu kena marah...hehehehhe.

Perkara ini berlanjutan terlalu lama, as management side ini adalah satu wabak. Jika tindakan tidak diambil sudah tentu ia akan berjangkit dan sememangnya ianya sedang berjangkit...

Mula-mula sudah tentu aku tegur supervisor aku kerana " If your subordinates problem, means you are problem". Bukan senang nak jadi supervisor ini, semua tingkah laku anak-anak buah semua kau kena tanggung. Apa nak buat itu tanggungjawab kan.

Still no improve!!! So aku dah angin, lalu aku hantar ke Human Resources(HR)  kasi final warning tetapi sebaliknya yang berlaku beliau dinasihatkan berhenti kerja. So beliau pun sain surat letak jawatan efektif 1 bulan terakhir.

Setelah 2 minggu, budak ini jumpa aku dan minta nak tarik balik perletakan jawatannya. Aku memang tak boleh buat apa-apa sebab surat berhenti dah hantar ke HR. Tapi yang bestnya, semasa hari-hari terakhir beliau bekerja di produksi, kedatangan tip top pula...pehhhhhh..

hanifidrus
Disinilah aku melihat kebesaran Allah, dimana pada suatu hari budak ini pergi pasar raya. Beliau terjumpa dengan manager HR ketika itu dan nak dijadikan cerita manager cerita tu  tanya dia bila last kerja.

Beliau kata last kerja hujung bulan August ini. Manager tu anggukkan kepala sahaja. Selepas berbual, beliau pergi semula ke manager HR ini dan beritahu ingin menarik balik surat berhenti beliau.

Manager HR tu kata , baik beliau jumpa dengan manager kat tempat dia dan minta pandangan mereka. Jika mereka setuju, maka bolehlah ke HR untuk berbincang.

Hebatnya pada masa itu, manager HR tu tak marah pun dia. Padahal semua pekerja kilang tahu manager HR aku tu agak tipikal orangnya dimana bila keputusan dah dibuat maka ianya sukar dipatah balik. Itu salah satu kewibawaan beliau sebagai HR.

Nak dijadikan cerita, pada masa tu produksi aku tengah sibuk sangat. So semasa beliau berjumpa dengan Head Manager aku, mereka setuju tarik balik perletakan jawatan beliau.

Sebab keadaan produksi begitu sibuk maka adalah tak wajar beliau dipecat pada masa sekarang ini.

Semasa ke HR untuk berbincang, segalanya berjalan dengan lancar dan beliau dikenakan Final Warning, jika buat hal lagi akan dipecat!!

Beliau cerita hal ini kat aku, sebenarnya masa kejadian tu aku tak der sebab pergi training. Itu pun satu perkara yang memudahkan beliau kerana aku tak der masa tu...heheheheh.

Aku ceritakan pada anak buah aku ini, inilah kebesaran dan kerja Allah. Kalau dia kata, rezeki kau kat sini,walau macam mana sekalipun kau buat. Rezeki kau tetap kat sini.

Aku kata, aku dan semua boss-boss di produksi ini tak tolong kau. Rentetan peristiwa beliau berjumpa dengan manager HR hingga ke akhirnya seolah-olah satu cerita filem sahaja, bukannya realiti!!

Aku kata mungkin ini doa ibu bapa kau yang minta kepada Allah dipanjangkan rezeki dia. Dan aku harap beliau gunakan peluang seribu dalam satu ini perbaiki dirinya dan menjadi yang terbaik..

hanifidrus
Dan untuk sedapkan cerita ini , beliau mendapat tawaran kerja baru. Tapi beliau menolak tawaran tersebut dan bekerja di tempat lama!!! Dia sayang kat aku lagi..hahahahaha.

Itulah keistimewaan Allah berikan padanya sebagai satu pengajaran agar beliau tidak melakukan masalah lagi.

Rezeki, Jodoh Dan Maut sememangnya ditangan Allah. Jika nak rezeki yang baik, berdoalah setiap hari dan paling penting bersama usaha, pasti rezeki kau berlipat ganda. Nak lipat ganda lagi, sedekahlah selalu!!!

Catat Ulasan

12 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
betul tu..SubhanAllah...
Unknown berkata…
perancangan Dia memang terbaik.
kalau itu memang rezeki kita. ia tetap rezeki kita. kannn :D
Betul tu. Jika rezeki kita tak kemana.. Semoga beliau berubah.
Azlan Strider berkata…
kes ini memang jarang2 berlaku..selama aku kerja aku belum pernah jumpa kes orang letak jawatan mcm kes nie pastu tarik balik..biasa letak jawatan orang tarik balik sebab dapat counter offer..

Regards,
-Strider-
haryati berkata…
betul tu, semua tu kebesaran Allah... bersyukur dgn rezeki yg Allah berikan...
Teacher Basariah berkata…
Betul3..rezeki,ajal,jodoh semuanya hanya Allah yang tahu..(^_^)
Bin Muhammad berkata…
Ya...itulah kebesaran Ilahi, jika telah tertulis rezekinya disitu...tiada yg mampu menghalangnya. Pasti budak tu menjadi pekerja terbaik HI...Ye ke?
Zawiah berkata…
ya , segalanya mmg urusan allah ...
Sukma berkata…
suka story nie, biasa ler kalau dah keje factory nie banyak karenah staff/operator nak kena pantau...
HR Manager tu org yg sama ke Encik Haniff,,,,macam kenal jer tu,....hoho
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif. subhanallah. Maha Suci Allah. kalau dah memang itu rezeki yang ditetapkan dariNya, dia akan kekal disitu :)
Jannatul Firdaus berkata…
http://mewantjannah.blogspot.com/

sila lah melawat ke blog saya...
#jgn lupa follow hihihii... XD