Novel Dekatnya Cinta - Adam Dan Hawa 2

Novel Dekatnya Cinta - Adam Dan Hawa 2

Updated 19.09.2013
Sinopsis penuh telah di tulis di entri :
Sinopsis Penuh Dekatnya Cinta: Adam Dan Hawa - jom klik dan baca
Novel Dekatnya Cinta - Adam Dan Hawa 2
Semalam wife aku ada beli novel terbaru dari Aisyah Sofea iaitu Adam Dan Hawa 2 dan sedikit tambahan trade mark ia letak Dekatnya Cinta...

Kenapa tak namakan sahaja novel tu terus Adam Dan Hawa 2 mungkin tak sedap kot tajuknya nanti..
Itu hak penulis, betul tak?

Tapi yang pasti semalam, wife aku pergi ke kedai buku Popular, beliau kata novel ini menjadi rebutan.

Dari cerita wife aku, novel tu disusun setinggi  wife aku dan dalam masa yang singkat akibat rempuhan orang ramai, tinggi buku tu hanya setinggi lutut wife aku sahaja.!!!  Itu cerita wife aku ler, aku tak der di tempat kejadian..hehehehehhee.

Mungkin berlaku sedikit penambahan cerita oleh wife aku bagi menyedapkan suasana ketika itu, jangan marah aku yek.... dan jangan marah wife aku juga...hahahahaha.

Tapi wife aku merungut juga ler, sebab harga buku novel ini makin lama makin mahal terutama dari penulis-penulis yang terkenal. Dahulu dalam 2 tahun lepas buku novel ini dalam harga RM 18 - RM22. Lepas tu naik kepada RM 25 dan tahun ini naik pula RM32 minimum.

Harga kenaikan ini bermula dari novel I Love U Stupid.  Dan kemudian semua buku dah standard harga ini. Tapi buku tu mahal tak per sebab ia tebal berbanding buku-buku novel yang lain mempunyai harga yang sama tapi nipis.

Aku rasa pengawalan harga harus dikawal kalau nak kekalkan pembaca buku novel Malaysia ini. Sekarang aku lihat ramai rakyat Malaysia menyokong industri buku di Malaysia, aku harap penerbit-penrbit jangan ambil kesempatan ke atas pembaca seperti wife aku ni...

Jangan sampai kami pembaca semua boikot semua buku, tapi kata wife aku, kalau harga mahal tapi buku berkualitii macam Adam Dan Hawa 2 ini. Wife aku tak kisah....emmmm.

Buku Adam Dan Hawa 2 ini belum lagi dibaca oleh wife sebab petang semalam ia baru beli. So sinopsis aku ambil dari belakang buku. Lepas wife aku baca nanti aku tulis sinopsis...

Aku buat entri ini pun sebab wife aku yang paksa aku tulis sebab antara semua rakan-rakannya hanya beliau sahaja yang dah beli buku ini..ahaks...

Sinopsis
Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak.

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.

Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.

Catat Ulasan

15 Ulasan

Azlan Strider berkata…
uiks..banyak gak peningkatan harga dalam masa tempoh 2 tahun...by 2015 ade yang satu novel harga RM50. tapi betul bak kata wife bro tu..kalau berkualiti bape harga pun orang sanggup beli...

Regards,
-Strider-
kalau yang hard cover tu agak mahal jugak... RM35... hurmm...orang berebut sebabnya nak tau kesinambungan kisah Adam dan Hawa tu...tapi tragis sikitlah sambungan ni...kesian Ain Hawani diceraikan sebab cemburu....
Unknown berkata…
..nk kne p cr gak ni..hehe..
Cik Nor berkata…
mesti a.hanif tumpang baca gak nie..:)
Tanpa Nama berkata…
suka baca novel...
Unknown berkata…
menarik la sinopsis dia abg hanif
yumida pun kaki novel gak
bila layan novel..tv dah x dipedulikan lg..konsentret je..bila org panggil..rs stress pulak nak tinggalkan babak pembacaan..haha
Teena Tna berkata…
Synopsis dia nampak penuh dramatic, macam agak sedih citer kali ni.
Blog Santai berkata…
Dah lama betul tak baca novel..selalu baca sinopsis aje..he..he..tapi harga not bad kan..hmmm..beruntung sapa jadi penulis..
sitirohaida berkata…
teringin nak cari buku nie..
Teacher Basariah berkata…
melampau toi harga novel skrg ye..lama tak beli pon..tak smpt baca..hehe
Zawiah berkata…
saya elak baca novel , nanti mata trus melekat ...
Cik Bayan berkata…
hari tu dah pegang2 buku ni, letak balik kat rak. at last terbeli A380 & Biar YM terus berbicara 2, haih! penangan e novel yg jadi buku...
Sukma berkata…
belum pernah baca lagi...
Unknown berkata…
Saya pernah baca adam dan hawa yang pertama dan rupanya ada yang kedua. Jadi nak baca lagi, tapi kalo yang tinggal di indonesia susah nak cari novelnya.