Tanda-tanda Dijauhkan Dari Iman

Tanda-tanda Dijauhkan Dari Iman


"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibuk kan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

Aamiin."
Copy & Paste
ingat mengingati utk diri sendiri dan kawan;-)

Catat Ulasan

13 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
perkongsian yang sangat menarik..
Sukma berkata…
nice sharing....sekadar reminder untuk diri sendiri.....
Unknown berkata…
baik utk renungan kita bersma..:)
Azlan Strider berkata…
thanks you for sharing benda yang berguna nie bro..

Regards,
-Strider-
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif. thanks sharing. jemput join review blog 2.0 sheila. semua yang join akan direview secara berperingkat :- http://www.sheilashahfiekry.my/2013/09/review-blog-20.html
Unknown berkata…
alhamdulillah
perkongsian yg bermakna di hari jumaat yg mulia ni abg hanif
moga kita saling mengingati

done isi tabung Nuffnang kat sini...selamat menabung :)
afzalsukasuki berkata…
Ok2 aku dpt ilmu baru hari ni bro.kita sibuk sebab tu tanda Allah nak jauhkan diri kita dari Nya
hmm
Kak iman berkata…
trm ksh pak cik ingtkan anak2 ni heheh
Zawiah berkata…
tanya diri sendiri , apa yg kita nak dalam hidup juga di akhirat ...
Bunda_nora berkata…
satu perkongsian yang bermanfaat..
Tengkubutang berkata…
hu3.. memang ada benarnya kan.. thanx atas perkongsian ni yea.. =)
Aimacomel berkata…
Ya Allah, mintaklah dijauhkan dr perkara ni. Mohon Allah tetapkan hati2 kita utk terus ingat kepadaNya