Bangunan Anti Kuman Di China

Bangunan Anti Kuman Di China

Bubble Building
IA mungkin kelihatan seperti sebuah istana gergasi berbentuk aneh, tetapi ia sebenarnya adalah blok pejabat paling bersih kerana bebas daripada kuman.

Dipetik DailyMail, rekaan pelik digelar Bubble Building itu adalah hasil idea kreatif studio 3GATTI yang sebelum ini pernah mencipta bangunan berbentuk payung dan menara telekomunikasi yang dilitupi rumput.

Bubble Building
Bahagian luar pejabat yang terletak di tengah-tengah bandar Shanghai itu juga akan dilengkapi nilon antibakteria yang boleh mengembung.

Menurut 3GATTI, pembinaan struktur unik itu juga  berfungsi untuk menghapuskan kuman di sekeliling premis tersebut.

"Bentuk gelembung di luar bangunan direka untuk bergerak mengikut arah tiupan angin.

 Bahagian luar pula dinaikkan sepenuhnya ketika waktu bekerja bagi memastikan pengudaraan lebih baik, namun ia akan ditutup pada waktu malam," jelas jurucakap 3GATTI itu lagi.




Bubble Building




Catat Ulasan

7 Ulasan

Blog Santai berkata…
suspen pulak tengok bangunan tu hanif..lain macam je..he..he
Tanpa Nama berkata…
mmg btl2 kreatif mereka ne, blh dpt rekod dunia ne sbb 'bngunan bebas kuman'.
Cik Nor berkata…
takut lak tgh bangunan tu..:)
Unknown berkata…
macam2 da.. =)
Bin Muhammad berkata…
Kalau bangunan jer yg bebas kuman tetapi orang yg bekerjanya membawa kuman...
xde makne juge kan... :) Inovasi yg bagus utk jangkamasa panjang.
Tanpa Nama berkata…
ada2 je di china ni..
Sukma berkata…
interested....kalau ler dapat ke sana....