Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger. Hari ini aku last kerja
(10.10.2013) sebelum bercuti selama 5 hari. Tahun ini kilang aku memang
baik hati sebab kasi cuti selama 5 hari bermula pada 11.10.2013 hingga
15.10.2013. Tapi 15.10.2013 Hari Raya Haji dan keesokkannya aku
bekerja..huhuhuhuhu.
Masalahnya apabila cuti panjang ini ialah MESTI ada aktiviti menghabiskan uang. Tu yang aku malas kalau cuti panjang ini....hehehehehe.
Aku mengambil langkah mudah mendiamkan diri sahaja tanpa mengeluarkan suara terutama pada isteri aku..ahaks.
Dan sempena Hari Raya Qurban ini , sudah tentu di kawasan anda lembu-lembu telah tersedia untuk dikorbankan. Kawasan tempat aku tahun ini tak banyak cuma 3 ekor lembu sahaja yang akan ditumbangkan.
Manakala yang sibuk dan ingin berkorban boleh korban secara on line di eQurban. Sekarang ini kalau nak beramal tak payah susah, yang penting hati terbuka untuk beramal dan bersedekah.
Dan jika yang merancang pulang ke kampung. Pandu dengan hati-hati yek...Jadilah pemandu berhemah untuk diri anda dan orang lain....hahahahahaha.
Akhir kata Selamat Menyambut Hari Raya Haji dan Selamat Bercuti.
Hanif Bin Idrus Blog tetap berkarya walau bercuti..hehehehehe.

5 Ulasan
*makin suka tengok blog ni, menarik sekali!