Lukisan Dilelong RM457.3 Juta

Lukisan Dilelong RM457.3 Juta

Three Studies of Lucian Freud
Three Studies of Lucian Freud  sebuah lukisan yang dihasilkan pada tahun 1969 oleh pelukis Britain, Francis Bacon mencatat rekod dunia sebagai karya seni termahal pernah dijual dalam satu lelongan yang di- adakan di sini kelmarin.

Lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud itu dibeli pada harga AS$142.4 juta (RM457.3 juta) dalam lelongan seni anjuran firma lelongan Christie's.
Karya seni itu menampilkan rakan Bacon yang juga seorang pelukis.
Three Studies of Lucian Freud
Lukisan itu dilelong selepas berlaku tawar-menawar selama enam minit di bilik lelongan dan melalui telefon di Galeri Acquavella di Manhattan.
Sebelum ini, lukisan berjudul The Scream yang dihasilkan Edvard Munch merupakan yang paling mahal apabila ia mencatat rekod dunia pada tahun 2012 apabila dibeli pada harga AS$120 juta (RM385.4 juta).
Firma lelongan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli lukisan itu.
Three Studies of Lucian Freud
 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Cik Nor berkata…
lukisan mcm tu blh jual..hihik
Farah Waheda Wahid berkata…
lukisan nampak biasa tapi mahalnya...
dariilhamkehati berkata…
kenapa lukisan macam boleh harga mahal macam nih yer ?? kalau terlalu taksub macam nih, bukan ker dah jadik suatu pembaziran ??
Tanpa Nama berkata…
mak ai..harga..