Aku Beli Minyak Wangi Versace Man Eau Fraiche

Aku Beli Minyak Wangi Versace Man Eau Fraiche

Versace Man Eau Fraiche
Salam satu blogger. Tajuk tak boleh tahan...hahahahaha. Semalam wife aku ada pergi ke Jaya Jusco sempena J-Card Campaign yang dilakukan setiap tahun oleh Jaya Jusco.
Tiba-tiba aku teringin nak membeli minyak wangi yang mahal sikit, so aku minta isteri aku membelinya...hehehehehe.

Ini trik para suami mesti kena belajar!!! Penting ini. Kalau aku yang beli sudah tentu bini aku akan menaruh syak wasangka yang amat tinggi sebab bertahun-tahun lamanya aku tak membeli minyak wangi. Yang aku maintain ialah deodoran cap Olay ( itu pun perempuan punya produk)..hehehehehe.

So untuk meminimumkan syak wasangka maka aku menyuruh isteri aku membeli minyak wangi untuk aku..Alasannya kalau isteri yang beli sudah tentu bau itu kesukaannya. Aku pakai wangi-wangi pun untuk siapa lagi kalau bukan untuk wife aku ...hahahahaha.

Sebenarnya aku dah terangkan pada isteri bahawa minat aku nak pakai minyak wangi ini timbul  sebab dah lama betul tak pakai. Lagi pun aku sekarang kerja pun tak ler berpeluh macam dulu, so bau minyak wangi itu boleh bertahan lama. Berbaloi kalau aku beli. Lagi pun umur dah meningkat ini kena ler kemas sikit dengan dandanan tambahan..hahahahaha
Versace Man Eau Fraiche
Lalu semalam bini aku pun beli ler semasa hari J Card tapi promosi hanya 20% ajer untuk minyak wangi tapi aku tergedek-gedek nak beli juga maka isteri aku membeli minyak wangi jenama Versace Man Eau Fraiche Versace For Men.

Baunya mengikut  citarasa aku iaitu tidak terlalu kuat sangat, lembut-lembut sesedap bau... Tapi harganya tetap main ratus-ratus juga ler.

So tadi aku check kat internet ianya  Eau de Toilette keluaran 2006,  konsep "'Man Eau Fraiche' oleh Versace yang menawarkan bauan lemon, rosewood, carambola, cedar leaves tarragon, sage, musk, amber dan sycamore wood.
Dalam pemilihan minyak wangi ini kita kena faham ia ada 2 jenis iaitu Eau de Parfum and Eau de Toilette dimana perbezaan keduanya ialah kekuatan baunya. Eau de Parfum biasanya mengandungi 15% komponen aromatik manakala Eau de Toilette mengandungi 10%. Jika kita nak membeli minyak wangi kos efektif baik beli Eau de Toilette tetapi kalau nak produk yang memberi bau yang lebih lama kena pakai Eau de Parfum.

Dalam erti kata lain Eau de Parfum.ini lagi baik tapi mahal ler..hahahahahaha. Aku beli Eau de Toilette jer sebab jenis yang ini pun dah mahal. itu ajer budget yang ada...
Tapi semalam bini aku kata ada minyak wangi sampai RM400 pun ada, itu sudah tentu Eau de Parfum.
Nak menyebut dengan lidah Melayu ini memang susah betul....

Itu sahajalah entri aku hari ini, cerita pasal minyak wangi.
Dulu kalau lelaki pakai minyak wangi semua orang pelik tetapi zaman sekarang ini lelaki bukan sahaja pakai minyak wangi malah siap ada pencuci muka, ada shampoo khas dan paling best ada bedak tepek lagi...hehehehehehe.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Farah Waheda Wahid berkata…
bau minyak wangi Versace ni memang terbaik...
Sukma berkata…
wah...kelas ko miyak wangi nie...tak mampu rasanya ...ingat nak beli body shop jer...itu pun dah mahal...
Unknown berkata…
wahhh..wangi melampau la lepas ni..=)
Aimacomel berkata…
Abg, adik nak jugak!! Hehehe
Tanpa Nama berkata…
macam2 kalsifikasi..ada EDT,EDP..hehehe..
PCL berkata…
Aku ni bkn tau sangat pasal minyak wangi nak bezakan eu de toilette pn fail..haha nampak sangat x kisahkan. Tp pemberian isteri tu sangat bererti..asal wangi dan halal suda..wanita lbh maklum maybe.