Musim Berkhatan Bermula

Musim Berkhatan Bermula

 Berkhatan
Salam satu blogger. Dalam musim cuti sekolah ini, kebiasaannya ibu bapa agak sibuk menguruskan majlis perkahwinan anak-anak mereka. Manakala si pengantin lelaki dan perempuan sibuk tersenyum menanti hari istimewa mereka..hehehehehe.

Tetapi dalam musim cuti sekolah ini juga, ibu bapa yang muda juga tidak dapat melarikan diri menguruskan anak lelaki mereka iaitu majlis berkhatan . Atau bahasa pasarnya masuk jawi atau bersunat. Kebiasaannya anak lelaki yang berumur 10 - 12 tahun akan melalui proses penting ini.

 Berkhatan
Dalam hal ini si lelaki yang hendak berkhatan ini , tidaklah tersenyum bak si pengantin tetapi hati mereka berdebuk-debak menanti hari penting berkhatan mereka.

Dalam hal ini peranan ibu bapa amatlah penting, kalau tak masa nak berkhatan sudah tentu akan berlaku suasana panik terhadap si lelaki genit itu..hahahahhaha.

Aku teringat dahulu masa berkhatan, sebelum giliran aku nak berkhatan. Ada budak ini berlari kena kejar dengan bapa dia sebab tak nak bersunat. Masa zaman aku, berkahatan dilakukan di klinik sahaja.

Tak pakai tuk mudim ini. Kalau masih pakai, aku rasa aku pun akan menjerit ketakutan dan panik..ahaks...

Tapi sebenarnya aku masih juga ketakutan masih nak kena suntik ubat bius oleh doktor tu, ini semua gara-gara budak lelaki yang menjerit tu menyebabkan aku menangis seketika...kikikiki

 Berkhatan
Peranan bapa amat penting dalam memujuk anak lelaki mereka, biasanya pujukan standard yang digunakan ialah "sakit macam kena gigit semut ajer".
Kalau tak berjaya, si bapa terpaksa menggunakan kekerasan pula....

Walau bagaimana pun,  aku ucapkan good luck kepada ibu bapa yang sedang menguruskan hari berkhatan anak lelaki meraka. Aku lambat lagi, anak lelaki aku baru umur 6 tahun. Mungkin lagi 3 tahun kot aku suruh berkhatan.

Catat Ulasan

5 Ulasan

PERMATABIRU berkata…
musim berkhatan sekarang nie kan..

jemput join GA saya
http://permatabiru0310.blogspot.com/2013/12/ga-2013-by-permatabiru.html
Cik Nor berkata…
selamat berkhatan kpd yg berkhatan..:)
haryati berkata…
anak yati yg sulung masa umur 2 tahun dah bkhatan dah sebab masa tu doktor operate telur dia, so husband suggest suh sunat sekali... alhamdulillah.. tinggal lagi dua orang je.
Unknown berkata…
Berminat untuk berkhatan di rumah dengan service yg supperb di area seri kembangan, serdang, seri serdang boleh hubungi husband saya di 0102568137
Tanpa Nama berkata…
anak kathy 2 tahun lagi baru nak khatan kan..