Kecoh lagi pasal cikgu di Malaysia sekarang ini...heheheheh. Dimana seorang murid dirotan dan dihalau kerana tidak menyiapkan kerja sekolah dan bapa dia pula terus buat laporan polis.
Sebelum ini terdapat kes murid yang tak buat kerja sekolah dipaksa menjadi lembu. Dimana kena pakai loceng dan memakan rumput.
Aku ada membaca beberapa blog dan forum yang membincangkan masalah ini dan banyak komen yang aku terima yang menyokong dan menempelak sikap bapa ini.
Kesalahan utama yang aku lihat pada guru tersebut ialah menghalau murid sekolah tersebut tetapi guru besar sekolah takkan tidak ketahui perkara sebegini? Ini masalah komunikasi antara guru dan guru besar sekolah tersebut.
Kedua, aku pelik kenapa nak buat laporan polis. Ini masalah boleh diatasi dengan berbincang dengan pihak sekolah. Untuk aku, seorang guru yang berpendidikan tahu batasannya.
Mereka takkan halau anak kamu kalau dia tak buat perangai berulang-ulang... Dalam komen yang saya baca di blog ini Suara Generasi banyak mempertikaikan sikap bapa tersebut. Memang panas betul komen di blog ini....hahahhahaha.
Kita sebagai blogger tidak mempunyai hak dalam mempertikaikan sikap guru atau bapa tersebut tetapi menjadikan satu pengalaman dalam kehidupan kita.
Paling utama dalam isu kes-kes cikgu sekarang ini ialah tentang kerja sekolah!!!
Adakah anak-anak sekarang dibeban dengan kerja sekolah yang terlalu banyak hingga tidak mampu untuk mereka selesaikannya.
Atau adakah guru dibeban memeriksa terlalu banyak kerja sekolah hingga menjadi stress kepada mereka.
Inilah isu utama pihak Kementerian Pendidikan kena kaji iaitu masalah isu kerja sekolah ini sudah tidak terkawal pada guru dan ibu bapa.
Apa penyelesaian Kementerian Pendidikan dalam hal ini?
Keratan Akhbar
Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah. Sebelum ini terdapat kes murid yang tak buat kerja sekolah dipaksa menjadi lembu. Dimana kena pakai loceng dan memakan rumput.
Aku ada membaca beberapa blog dan forum yang membincangkan masalah ini dan banyak komen yang aku terima yang menyokong dan menempelak sikap bapa ini.
Kesalahan utama yang aku lihat pada guru tersebut ialah menghalau murid sekolah tersebut tetapi guru besar sekolah takkan tidak ketahui perkara sebegini? Ini masalah komunikasi antara guru dan guru besar sekolah tersebut.
Kedua, aku pelik kenapa nak buat laporan polis. Ini masalah boleh diatasi dengan berbincang dengan pihak sekolah. Untuk aku, seorang guru yang berpendidikan tahu batasannya.
Mereka takkan halau anak kamu kalau dia tak buat perangai berulang-ulang... Dalam komen yang saya baca di blog ini Suara Generasi banyak mempertikaikan sikap bapa tersebut. Memang panas betul komen di blog ini....hahahhahaha.
Kita sebagai blogger tidak mempunyai hak dalam mempertikaikan sikap guru atau bapa tersebut tetapi menjadikan satu pengalaman dalam kehidupan kita.
Paling utama dalam isu kes-kes cikgu sekarang ini ialah tentang kerja sekolah!!!
Adakah anak-anak sekarang dibeban dengan kerja sekolah yang terlalu banyak hingga tidak mampu untuk mereka selesaikannya.
Atau adakah guru dibeban memeriksa terlalu banyak kerja sekolah hingga menjadi stress kepada mereka.
Inilah isu utama pihak Kementerian Pendidikan kena kaji iaitu masalah isu kerja sekolah ini sudah tidak terkawal pada guru dan ibu bapa.
Apa penyelesaian Kementerian Pendidikan dalam hal ini?
Keratan Akhbar
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah. Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.
Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar. “Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.
Katanya dia membuat laporan polis semalam. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya.
12 Ulasan
Yg untung pihak media...berita sensasi tu!
Kena rotan tu, perkara kecil untuk peringatan pelajar aje...tak cedera pun.
Lapuran polis patut di buat bila hak untuk belajar di sekolah di larang bagi nya. Juga keselamatan pelajar tidak di utamakan bila di halau keluar dari sekolah dengan serta merta tanpa pengawasan orang dewasa!