Inilah soalan yang sering menjadi tanda tanya kepada semua blogger. Susahkah Menjadi Blogger Sepenuh Masa?
Aku telah membaca beberapa artikel blogger-blogger otai yang telah berjaya menjadi blogger sepenuh masa dan perjalanan hidup mereka bukanlah mudah seperti yang kita bayangkan.
Persoalan pertama apabila kita menjadi blogger sepenuh masa, berapakah pendapatan bulanan yang mampu kita hasilkan melalui networking kita ini? Adakah sebulan RM1000 sudah mencukupi sebagai punca pendapatan blogger sepenuh masa?
Dalam dunia ini jika minat sahaja tidak menjamin masa depan kita, Setiap hari kita perlu makan dan minum, Berbelanja dan macam-macam masalah lagi...hehehehhee.
Untuk blogger yang establish salah satu punca pendapatan mereka ialah melalui event-vent yang dijemput oleh pihak penganjur dan melalui event tersebut ia akan di siarkan di blog mereka sebagai salah satu teknik promosi pihak penganjur, Dan blogger tersebut menerima imbuhan melalui upah yang mereka terima.
Tapi bagaimana dengan blogger-blogger picisan macam aku ini...hehehhehee.
Mahu tak mahu terpaksa mencari sumber pendapatan melalui beberapa kaedah, dan melalui pemahaman aku beberapa kaedah yang sesuai digunakan ialah:
a) Membuat blogshop sendiri.
Dimana sumber utama pendapatan melalui blogshop online samada blog affliate, dropship atau produk anda sendiri.
b) Join Affiliate
Disini anda menjadi wakil menjual produk pihak pemborong dan salah satu contoh ialah e-Qurban yang telah berjaya memberi pendapatan yang tinggi kepada blogger-blogger.
c) Job Networking
Pendapatn lain ialah membuat tugasan yang diberikan melalui online. Di Malaysia job networking yang popular ialah JobDi Rumah. Dimana blogger Hasrul Hassan kerap menggalakkan kita sertainya.
d) Banner Iklan
Ini merupakan salah satu teknik popular dimana kita menjual banner iklan kepada peniaga-peniaga yang berminat hendak promosikan perniagaan mereka.
e) Iklan Pihak Pengiklan
Juga merupakan salah satu teknik popular iaitu kita menyertai iklan networking seperti Nuffnang atau Google Adsense dans sebagainya. Jika nasib baik bolehlah dapat iklan khas yang diberikan oleh pihak pengiklan.
Setakat ini, itu sahaja yang aku faham bagaimana menjana pendapatan melalui blog jika anda hendak menjadi blogger sepenuh masa.
Rezeki di tangan Allah, jika blogshop anda meletup maka anda mampu meraih pendapatan beribu-ribu sebulan.
Jika teknik sales anda terbaik, e-Qurban akan memberi komisen yang baik malah anda dapat meloncong lagi..hehehehhe.
Bercerita sebegini memang seronok tapi berapa ramai yang berjaya menjana pendapatan beribu-ribu melalui blogshop atau kaedah affiliate yang lain.
Untuk aku untuk menjadi blogger sepenuh masa boleh, jika ia mampu memberi pendapatan sebulan RM3000-RM4000. Maka saya amat menggalakkanya..
Jika tidak terpaksa mencari kerja-kerja lain ler...hehehehehhee.
Blogging hanyalah sebagai minat sahaja..ahaks.
Apa pendapat anda?
5 Ulasan