Gelombang Jerebu Kemarau Melanda Malaysia

Gelombang Jerebu Kemarau Melanda Malaysia

Gelombang Jerebu Kemarau Melanda Malaysia
Gambar di atas menunjukkan jerebu yang melanda negeri Melaka sekarang ini. Jerebu ini berlaku gara-gara banyak lalang yang terbakar disebabkan musim kemarau yang melanda negara kita.

Di Melaka kebakaran kerap berlaku di sawah atau lalang yang terbiar. Kasihan aku tengok ahli bomba terkejar ke sana dan kemari memadamkan api di hutan.

Kebakaran ini terjadi secara semulajadi dan ada juga dari perbuatan tak bertanggungjawab pihak tertentu. Sebagai contoh di kampung-kampung melakukan pembakaran terbuka hingga api tu melarat menjadi besar. Tujuan nak bakar sampah tetapi tak sangka api tu menjalar hingga terbakar hutan tu...ahaks.
Gelombang Jerebu Kemarau Melanda Malaysia

Gambar sebelah menunjukkan anggota sukarelawan bomba membantu memadam kebakaran belukar di Kampung Dato Keramat, Jalan Tun Razak. Berikutan musim kemarau yang melanda negeri in.

Saya menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan kebakaran terbuka kerana rumput-rumput semua amat kering dan mudah terbakar.

Menambahkan jerebu di Malaysia ialah kempen sembur asap denggi oleh Kementerian Kesihatan ...hehehehehee.  Tapi ini kes yang spesial kerana wabak denggi semakin meningkat di negara ini..

LAPORAN AKHBAR KOSMO
Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan pemantauan penyakit berkaitan jerebu iaitu Jangkitan Saluran Pernafasan Atasan (URTI), asma dan sakit mata.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pemantauan itu dilakukan di klinik-klinik sentinel terpilih di negeri-negeri yang dilanda jerebu.

Beliau berkata, mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selsema,
asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru kronik perlu ke klinik dengan segera sekiranya penyakit bertambah teruk.

"Kementerian ingin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu termasuklah mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, sentiasa cuba berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai.
"Selain itu, sila pastikan udara di dalam rumah dan bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Apabila memandu gunakan penghawa dingin dengan memilih operasi kitaran udara dalaman," katanya dalam kenyataan di sini.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Pokok Manggis Depan Rumah berkata…
Banyak sahaja kebakaran sekarang ni kan. Jerubu pun dah makin menigkat juga. Semuanya megharapkan hujan.
OhPanduan berkata…
Masalah semua ini akan baik bila manusia baik dan jaga hubungan dengan Allah. Kadang-kadang Allah bagi ujian nak kita kembali dekat dengan Allah. Semoga Allah bagi hujan dan masalah ini dapat di atasi dengan segera.
Yana Halim berkata…
ni mesti ada yg buang puntung rokok kat semak2 kering. memang terbakar la jawabnya.
Bunda_nora berkata…
assalam,

dimana2 pun sekarang orang berceriya pasal cuaca panas kering dan berjerebu ini...

banyak kawasan yang terbakar...
kebakaran ini memburukkan lagi keadaan..
Sukma berkata…
Semua org memainkan peranan penting dalam menangani jerebu..jgn buang puntung rokok di merata tempat...
Tanpa Nama berkata…
tolong jangan buat pembakaran terbuka...