Konsert FMFA Mudahnya Dadah Diperolehi ?

Konsert FMFA Mudahnya Dadah Diperolehi ?

Konsert FMFA

Isu kematian 6 remaja dalam Konsert Future Music Festival Asia (FMFA)  di Bukit Jalil meninggal akibat overdose dadah menjadi salah satu isu terbesar selain isu MH370.

Sehingga kini pihak berkuasa masih tidak mengenali jenis dadah yang di ambil oleh remaja-remaja ini yang pada dasarnya jenis methamphetamine.

Konsert FMFA
Amphetamine-Type- Stimulants atau ATS adalah gelaran yang diberi kepada sekumpulan dadah jenis perangsang atau stimulants seperti methamphetamine, Methcathinone dan Ecstasy.

Dadah yang paling popular ialah Ecstasy dan syabu di mana ia merupakan ATS yang paling banyak disalahgunakan. Dadah-dadah ini boleh didapati dalam bentuk pil untuk ditelan, serbuk untuk diambil secara hidu serta larutan untuk diambil secara suntikan.

Ia menjadi lebih berbahaya kepada manusia kerana diadun daripada pelbagai bahan kimia termasuklah yang digunakan dalam racun tikus, cecair peluntur, malahan ada yang dicampurkan dengan kaca lampu florescent.

Inilah jenis dadah yang diambil oleh remaja tersebut dan untuk kes ini dadah  methamphetamine adalah jenis yang terbaru dan belum ada dipasaran Malaysia menurut akhbar Utusan Malaysia.

Konsert FMFA
Persoalannya bagaimana mudahnya dadah diperolehi di konsert tersebut dan rata-rata remaja yang mengambil dadah ini pula ialah remaja yang menpunyai pendidikan yang baik.

Lagipun melalui maklumat akhbar, harga sebiji pil methamphetamine ini mencecah RM60 - RM100. Banyak duit budak-budak ini yek...

Dadah methamphetamine ini biasanya digunakan oleh remaja-remaja yang sering pergi ke parti-part liar atau pusat hiburan untuk memberi tenaga dan halusinasi kepalsuan semasa muzik rancak dialunkan.

Pil methamphetamine atau dipanggil weekend pil ini mungkin dianggap tidak merbahaya oleh remaja sekarang sebagaimana dadah-dadah konvesional yang lain memerlukan pelbagai peralatan untuk menggunakannya.

Lagi pun membawa pil methamphetamine amat mudah dan sukar dikesan berbanding membawa dadah jenis ganja atau heroin. Mereka juga menganggap pil methamphetamine hanya diguna jika perlu dan ianya tidak memberi ketagihan yang serius.


Inilah anggapan anak-anak muda tentang pil methamphetamine dan tempoh hari ia telah meragut begitu banyak nyawa.

Biasalah sikap anak-anak muda yang suka mencuba perkara baru ini. Mereka tidak patut disalahkan tetapi budaya parti-parti liar yang semakin menular di negara ini yang harus dikawal. Mereka tidak akan telan pil  methamphetamine jika tiada keperluan.

Konsert FMFA
Dan mereka tidak perlu pakai seksi jika tiada keperluan untuk dipakai. Mereka telan pil, bergaul bebas dan berpakaian seksi disebabkan keperluan konsert tersebut yang memerlukan mereka bersikap begitu.

Bila isu sebegini maka pihak polis menjadi mangsa, iaitu pengedaran pil methamphetamine yang berleluasa. Sudah tentu soal penguatkuasaan yang lemah menjadi senjata memperlekehkan pihak polis.

Isu dadah adalah isu antarabangsa dan ditambah lagi dengan ujudnya dadah sintetik seperti pil methamphetamine menjadi cabaran yang kuat kepada pihak polis.

Semasa konsert ini berlangsung sebelum kes kematian  ini, pihak polis telah menahan 19 remaja akibat penyalahgunaan dadah.

Siapa yang patut disalahkan? Tidak guna kita menuding jari sesama sendiri. Yang penting bagaimana mengawal penularan adah sintetik seperti pil methamphetamine ini. Bagaimana mengawal pengeluaran permit terhadap konsert liar sebegini. Supaya kejadian sebegini tidak terjadi lagi.

Lagi pun semasa konsert ini diadakan, negara sedang mengalami isu kehilangan MH370. Apatah lagi PM kita boleh tundakan lawatan ke Mauritus takkan konsert sebegini  tidak boleh dibatalkan.

Akhir kata, kita sedekahkan Al-Fatihah pada remaja Muslim kita yang meninggal dunia agar roh mereka di kalangan mereka yang beriman.

Catat Ulasan

6 Ulasan

sitirohaida berkata…
harap lepas nie pihak berwajib pandang serius hal ni,
Unknown berkata…
Dari mana remaja ni dpt bnyk duit utk beli dadah? Duit mak bapak, duit biasiswa? Rasanya kalau takde konsert pun benda ni berleluasa juga.
Pihak yg berkenaan pun sukar nak kawal melainkan kesedaran dlm diri sendiri. Kita yg kawal diri kita. Pokok pangkalnya terletak pd iman seseorang tak kira apa agama sekalipun.
Unknown berkata…
sedih dan sadis...
orang lain sibuk dan risau,
mereka bersuka ria disana.
benda dah jadi,
takziah kepada keluarga mangsa.
Dunia Zumal berkata…
Memang terlalu mudah untuk mendapatkan benda terlarang, cuma diri kita harus menilai sesuatu tu baik atau buruk akibatnya. Yang penting sayangilah diri kita :)
Blog Santai berkata…
Tulah Hanif..kesian kat dia orang ni..nak berhibur tapi dengan cara yang salah...dadah Ecstasy ni memang commonkan..harap-harap kerajjan lebih serius memantau keadaan ni..
Tanpa Nama berkata…
nae la jadi macam ni?