Siapa Patut Menang Dalam Pilihanraya Kecil Kajang N25

Siapa Patut Menang Dalam Pilihanraya Kecil Kajang N25

Analisis Pilihanraya Kecil Kajang N25 2014
Esok 23.03.2014 merupakan hari peperangan antara PKR dan BN dalam merebut kerusi DUN Kajang yang dilepaskan oleh wakil PKR yang lalu.

Usaha Anwar Ibrahim ingin bertanding di kawasan Kajang N25 hancur berkecai apabila keputusan mahkamah berkenaan kes liwatnya yang membawa hukuman penjara 5 tahun.

Mahu tak mahu Datin Wan Azizah Ismail terpaksa memikul tanggungjawab dalam usaha memenangi kerusi DUN mewakili Anwar Ibrahim.

Manakala BN pula di wakili oleh wakil MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang dikatakan mempunyai pengalaman yang tinggi dalam politik Malaysia.

Analisis Pilihanraya Kecil Kajang N25 2014
Namun kita juga tidak boleh memperlekehkan Datin Wan Azizah Ismail kerana beliau adalah lebih berpengalaman luas dalam ranjau duri politik negara ini.

Jika dilihat dari segi populariti, bonus kemenangan sudah semestinya pada PKR kerana Kajang merupakan kubu kuat PKR, PAS dan DAP di negeri Selangor.

Jika dilihat sejarah pilihan raya di kawasan N25 Kajang ini:
1995: BN
1999: PAS
2004: BN   --lebihan undi 2773
2008: PKR --lebihan undi 3268
2013: PKR --lebihan undi 6824

Analisis Pilihanraya Kecil Kajang N25 2014
BN menang dua kali dan Pakatan Rakyat menang 3 kali!! Dari segi analisis kita dapat melihat undi Melayu ini berpecah-pecah kepada PAS atau BN. Namun dapat dilihat secara kasar undi Melayu merupakan intipati terpenting juga.

Kerana pada tahun 1999, BN merupakan parti politik yang kuat namun kalah kepada PAS secara amnya yang bergerak secara solo dan kekuatan Pakatan Rakyat belum teruji sepenuhnya pada tahun tersebut.

Tetapi pada tahun 2004, BN merampas kembali Kajang dari PAS!! Dan untuk dua kali pilihanraya umum iaitu tahun 2008 dan 2013, BN kalah kepada PKR dengan jarak  jumlah undi semakin membesar!! Ini kerana penambahan undi  Melayu dan Cina kepada PKR atau dahulu kecoh dikatakan Tsunami Cina dalam PRU ke 13 yang lalu.

Analisis Pilihanraya Kecil Kajang N25 2014
Pada kertas kita dapat menjangka kemenangan akan berpihak pada PKR.

Tetapi kita juga tidak boleh jangkakan keputusan pilihanraya kecil Kajang N25 kali ini kerana keistimewaannya ialah pilihanraya kecil ini terjadi disebabkan DUN PKR yang terdahulu secara sengaja meletak jawatan agar Anwar Ibrahim dapat bertanding.

Jika sebagai pengundi Kajang sudah tentu kita akan berfikir dua kali jika mahu memangkah wakil PKR  yang tidak konsisten.


Apatah lagi yang sepatutnya Anwar Ibrahim bertanding tetapi diganti oleh isterinya. Perjuangan ini sudah tidak releven lagi. Jika Anwar bertanding sudah tentu kemenangan mungkin akan berpihak padanya disebabkan ura-ura Anwar ingin menjadi Menteri Besar Selangor.

Terpulanglah pada rakyat Kajang. Anda fikirlah mana yang terbaik kerana semuanya mempunyai pro dan kontra. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Unknown berkata…
Siapa pun yg menang... yg penting buanglah sifat politik skrg yg amat kotor... kroni, rasuah dll
Dunia Zumal berkata…
Kepada pengundi, jangan silap pangkah :)