Komputer Riba Bill Clinton Di Lelong

Komputer Riba Bill Clinton Di Lelong

Komputer Riba Bill Clinton Di Lelong
Sebuah komputer riba yang pernah digunakan Bill Clinton pada tahun 1998 untuk menghantar e-mel Presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama telah dijual dalam satu lelongan di online pada harga AS$60,667 (RM196,439).
Pengumuman lelongan itu dibuat sebuah firma lelongan, RR Auction kelmarin.
Komputer Riba Bill Clinton Di Lelong
Namun, ia tidak mendedahkan nama pembeli komputer riba Toshiba Satellite.
Komputer itu pada mulanya milik seorang doktor di White House, Robert Darling yang kemudian meminjamkannya kepada Clinton.
Darling meminjamkan komputer itu kerana seorang angkasawan AS, John Gleen mahu menghantar e-mel kepada Clinton.
Ketika itu Glenn berada di dalam kapal angkasa lepas, Discovery pada November 1998.
Clinton pula berada di Arkansas untuk melawat rakan-rakannya semasa dia menerima e-mel tersebut.
Dia merupakan bekas Presiden AS yang memerintah dari tahun 1993 hingga 2001.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Mummy MM berkata…
Berminat jugak nak tengok cam ne rupa komputer zaman dulu2. Hihi.
Blog Santai berkata…
Tebal jugak keyboard dia..
ayut berkata…
Jd rebutan la ni...agak2x dpt tu perasaannya cane la ek org tu...hihi