Boikot Produk Cadbury Confectionery Malaysia. Sdn. Bhd. (Cadbury)

Boikot Produk Cadbury Confectionery Malaysia. Sdn. Bhd. (Cadbury)

Boikot Produk Cadbury Confectionery Malaysia. Sdn. Bhd. (Cadbury)

Pengguna beragama Islam digesa memboikot semua produk keluaran Cadbury Confectionery Malaysia. Sdn. Bhd. (Cadbury) selepas dua produknya iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Prof. Madya Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, tindakan boikot itu perlu dilakukan sebagai satu pengajaran kepada syarikat terbabit supaya lebih sensitif dan menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
Tegas beliau, tindakan boikot kesemua produk keluaran Cadbury itu perlu dilakukan sehinggalah Cadbury dapat memberi jaminan bahawa bukan sahaja dua produk tersebut, malah semua produknya bebas daripada DNA babi,
Manakala untuk aku pula ialah Cadbury Confectionery Malaysia. Sdn. Bhd. (Cadbury) haruslah membuat kenyataan media secara terbuka memohon maaf kepada semua umat islam Malaysia atas kelalaian mereka hingga meracun umat Islam makan makanan haram disisi agama Islam.
JAKIM pula harus membuat tindakan undang-undang kepada Cadbury Confectionery Malaysia. Sdn. Bhd. (Cadbury) atas kelalaian mereka. Lupa aku lak....hehehehehe ada ke undang-undang yang keras atas kelalaian sesebuah syarikat besar mengeluarkan dan memasarkan produk yang mengeluarkan bahan haram kepada umat islam. 
Tapi apa yang aku lihat baru 2 hari kes ini kecoh dah mula senyap sepi dan jangkaan profesional aku dalam masa 2 minggu ini kes Cadbury akan sepi hingga isu baru timbul lagi.
It normal-------- Malaysia Style
Boikot Produk Cadbury Confectionery Malaysia. Sdn. Bhd. (Cadbury)

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
cadbury tidak perlu minta maaf sebab dia pun tau isu akan lenyap selepas 2 minggu.