Blogshop Affiliate Cara Mudah Cari Duit

Blogshop Affiliate Cara Mudah Cari Duit

Salam satu blogger. Hari ini nak berbicara tentang blogshop online termudah dan paling malas tetapi boleh menjana keuntungan yang banyak. Blogshop on line affiliate adalah bisnis yang paling mudah sekali.  Itu yang selalu orang katakan lerr…

Lagi pun blogshop online ini kerjanya amat mudah sekali, jika anda updated produk ke blogshop anda. Sehari satu produk ia hanya memakan masa 10 minit sahaja maksimum!!!

Dalam perniagaan online ini yang membuat seseorang itu putus asa apabila target keuntungan yang diletakkan terlalu tinggi. Sebagai contoh anda meletakkan target sebulan keuntungan RM300. Apabila anda tidak mencapai target tersebut selama beberapa bulan maka secara tak langsung anda akan putus asa dan meninggalkan blogshop anda.

Untuk pengetahuan target sebegini adalah untuk pakar-pakar SEO yang telah bergelumang dalam dunia SEO dan affiliate ini serta mempunyai ilmu yang dipelajari samada melalui e-book atau ke kelas bisnis online. Malah target RM300 sebulan untuk mereka itu terlalu kecil dan ada yang pernah mencapai beribu-ribu RM dalam sebulan.

Kejayaan mereka ini bukannya datang bergolek tanpa mengeluarkan peluh dan modal. Untuk memperomosikan blogshop mereka sudah tentu perlu membayar harga untuk templates, domain, hosting serta kelas mempelajari bisnis ini.

Berbanding dengan kebanyakkan newbies blogshop pula, mahukan kejayaan sedemikan tetapi tidak mahu mengeluarkan modal dan ilmu yang tidak mencukupi maka janganlah terlalu mengharapkan pulangan yang terlalu tinggi.

Jika anda mempunyai modal pula, promosi blogshop anda akan memakan masa yang agak lama juga. Sesebuah blog atau website untuk berada kukuh di enjin pencari bukannya dalam masa sebulan atau dua bulan. Mungkin memakan masa 5 – 10 bulan. Tidak semestinya anda mempunyai ilmu SEO ia akan menjamin blogshop anda meletup !!! Pendek kata ia makan masa..

Sebagai permulaan rendahkan target anda. Mungkin sebulan RM20 sebulan  sahaja. Yang penting  untuk permulaan ialah mengejar trafik bukannya keuntungan. Promosikan blogshop anda menggunakan blog perbadi anda atau meminta rakan-rakan blogger membuat artikel mengenai blog anda.

Dalam dunia blogshop, pengiraannya ialah setiap 100 trafik bersamaan 1 pembeli. Jika anda mempunyai 300 trafik sehari maka setiap hari anda akan perolehi 3 jualan. Sebab itu saya minta anda JANGAN LETAK TARGET JUALAN KOMISEN TERLALU TINGGI!!

Setiap hari gunakan masa anda selama 10 minit , masukkan produk affiliate anda ke blogshop. Kemudian pingkan ke laman-laman ping yang memakan masa  15 minit. Siap!!
Buat kerja ini setiap hari dan yakinlah , pada satu ketika nanti pasti anda mendapat sales dari blogshop anda.

Pengalaman saya dalam membuat  blogshop secara santai ialah menggunakan affiliate dari LUXOLA, LAZADA dan ZALORA. Saya  mula membuat blogshop ini pada tahun  September 2013 dan kini ia telah berumur  11 bulan.

Saya tidak membuat apa-apa promosi tetapi hanya tepek banner blogshop di blog  utama sahaja. Malas nak ping-ping sebab tumpuan saya hanya pada blog Hanif Idrus. Blogshop yang bernama “Shop Of Linda” hanya suka-suka sahaja.

Untuk beberapa bulan ( 3 bulan), satu sales pun tak der…hehehehehe. Memang ler tak der sales sebab tiada promosi. Selepas 3 bulan saya mendapat jualan pertama iaitu RM6.30 sen. Yehhh!!!!!!
Kemudian semangat timbul sikit, kalau ada masa saya pingkan artikel produk ke laman-laman ping  seprti blogr, kaki ping, cari member dan group Goggle Plus.

Selepas itu saya maintain dengan jualan RM 30  maksimum sebulan hinggalah saya pernah sekali mencapai jualan komisen RM323 sebulan. Dan baru-baru ini pada masa hari raya ini, saya telah membuat jualan komisen  RM500. Kalau bini aku tahu mesti dia suruh aku withdraw cepat-cepat ke akaun…hehehehehee.

Blogshop ini ada turun naiknya. Tetapi jualan pasti ada setiap bulan walaupun hanya RM3…hehehehehehe.
Jika anda macam saya, malas dan kadang-kadang updated blogshop  maka inilah cara termudah membuat duit dengan bisnis online!!!!

Jangan menaruh harapan terlalu tinggi, anggap blogshop anda itu sebagai hobi dan saya yakin satu hari nanti blogshop tersebut akan meletup. Saya secara peribadi membuat target 3 tahun “Shop Of Linda” akan mencapai trafik 1000 sehari!!! Kini pun setelah 11 bulan kebanyakkan trafik saya datangnya dari enjin pencari, Cuma yang tak bestnya 30%  trafik dating dari belah Eropah.

Produk yang aku  jual pula hanya dalam Malaysia dan Singapura sahaja..huhuhuhuhuhu. Mungkin kerana nama blog ini dalam bahasa inggeris kot..hehehehehe.


Anda tahukan bagaimana membuat artikel serta generate tracking link apabila ada pembeli membeli produk melalui URL blogshop anda maka anda akan perolehi komisen dari situ.
Kalau kurang faham anda boleh tanya saya atau klik pada tab “blogshop” pada website ini.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Alhamdulillah banyak bro hanif dapat. Tahniah.