Razif Sidek Buat Kecoh

Razif Sidek Buat Kecoh

Razif Sidek Buat Kecoh
Arena badminton negara kecoh sekalilagi apabila  susulan prestasi hambar perseorangan lelaki, Liew Daren pada Sukan Komanwel Glasgow yang lalu.

Daren tewas mudah pada aksi suku akhir ketika menentang Kashyap Parupalli dari India dengan keputusan 13-21, 14-21. 

Aksi hambar Daren itu menerima kritikan pedas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong yang menggesa BAM mengkaji semula prestasi pemain perseorangan lelaki negara terutama Daren. 

Dan pada masa yang sama Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mengkritik jurulatih yang memilih pemain itu sebagai pemain perseorangan, siapa lagi kalau bukan Razif Sidek...hehehehe.



Memang panas punggung sekarang ini Razif Sidek dan Liew Daren. Dan bagi aku Razif Sidek harus menerima kritikan ini kerana Liew Daren ini banyak kali kalah.

Dan baru-baru ini kejohanan Piala Thomas yang rata-rata melihat Daren memang tak bagus. Malah Datuk Lee Chong Wei pun kata Daren ini makin sombong dan tidak boleh ditegur sebab dia ingat dia ini star...hehehehhe.
Razif Sidek Buat Kecoh

Aku pun tak faham kenapa beliau iaitu Razif Sidek pilih Liew Daren sebagai pemain utama dalam kejohanan Sukan Komanwel ini.

Modal sudah dikeluarkan dan sudah tentu BAM dan MSN mahukan hasil tuaian mereka. Tapi apa yang mereka dapat hasilnya ialah banyak buah tak menjadi.

Selain itu Razif pun kena faham, Presiden BAM dah kena bambu dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong dan orang yang seterusnya ialah Razif Sidek. That the way of management bro..

Dan Razif Sidek pula harus bambu Liew Daren pula...hahahahahaha.

Belum lagi tekanan yang diterima oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sanggup meletak jawatan jika beliau bersalah.

Razif Sidek Buat Kecoh
Dan rasa-rasanya siapa pula Khairy nak alihkan tekanan tersebut....sudah tentu kena alihkan pada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong.

Razif Sidek, inilah sistem management. Bukannya melenting letak jawatan, gimik 4 tahun lepas. Razif Sidek awak kena belajar taichi..hehehehehe.

Baru-baru ini MSN kata mereka tidak boleh disalahkan kerana pemilihan atlet bukan terletak ditangan mereka. Maksudnya, kalau mereka pilih sudah tentu kejohanan Sukan Komanwel tempoh hari, Malaysia meraih lebih banyak emas...ahaks.

Razif Sidek Buat Kecoh Walau bagaimanapun, Presiden BAM haruslah menegur dengan bijak. Masing-masing sudah tua so janganlah over stress. Jasa Razif Sidek banyak kepada negara ini dan takkan kesilpan pertama ini, semuanya harus di tekan ke bahu Razif Sidek.

Saya sebagai rakyat biasa saya menasihatkan BAM dan Razif duduk semeja. Razif Sidek awak kena pikul tanggungjawab kelemahan Liew Daren ini sebab awak yang pilih dia. Jangan nak berdalih lagi.

Presiden BAM, kurangkan ler luahkan perasaan di media ini. Apa kata jumpa Razif Sidek face to face dan bincang apa nak buat.

Liew Daren, lu sendiri pikir ler.....
Lu punya hal satu Malaysia kecoh...huhuhuhuhuhu.



Razif Sidek Buat Kecoh


Catat Ulasan

2 Ulasan

Gabrieltan berkata…
U maksud Rashid bukan Razif, ke? Heeeee, semua termasuk saya sudah layu.
Gabrieltan berkata…
U maksud Rashid bukan Razif, heheheee sudah layu sama2 saya.