Salam Satu blogger. Tabung Sedekah Subuh iaitu terma yang baru aku dapat melalui nasihat oleh salah seorang rakan isteriku. Iaitu Tabung Sedekah Subuh ni kita amalkan setiap hari selepas Solat Subuh dan sebelum waktu Syuruk.
Menurut nasihat yang aku dengari, sedekah yang paling afdal ialah sedekah di awal pagi.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi Muhammad shollallahu ‘alahi wa sallam bersabda:“Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satunya memohon: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.’ Dan satu lagi memohon: ‘Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil.” (HR. Bukhary 5/270 Muslim 1678)
Aku merasakan tabung sedekah pagi ini amat sesuai dan boleh digunapakai.
Tapi alasan peribadi aku ialah jika kita buat perkara ini, bermakna kita disiplinkan diri kita bersedekah setiap hari. Tak kira ler kalau sehari aku letak RM1 atau RM0.10 pun maka aku bersedekah.
Kita manusia ini, dalam hati memang nak bersedekah tapi memang payah ler. Nasib aku baik sebab aku ni lelaki sebab aku boleh bersedekah pada hari Jumaat masa sembahyang jumaat.
Kalau nak sedekah setiap hari pula, ada jer alasan dalam hati menidakkannya. Memang payah nak buat benda baik ini.
Apatah lagi kalau nak keluar sedepuk RM50 atau RM30 sedekah, memang tak der ler. Kalau RM10 atau RM2 ker masuk tabung biasa ler, itu pun melawan kata hati ini yang berkata-kata. Memang payah bersedekah ini.
Dengan ujudnya Tabung Sedekah Subuh maka tekanan tak der kerana selepas sembahyang subuh kita masukkan wang tanpa berfikir kerana kita tidak terikat dengan jumlah wang.
Dalam hati dah set, kalau sehari aku letak RM1 maka sebulan aku pasti dapat RM30 tanpa apa-apa tekanan. Itulah kebaikkan Tabung Sedekah Subuh.
Kalau sekeluarga bersedekah setiap hari berapa banyak boleh terkumpul setiap bulan.
Lagi pun, kita dapat mendidik ahli keluarga kita bersedekah setiap hari.
Lagi satu, setiap hari kita bersedekah maka setiap hari kita dapat pahala..Fuhh!! seronoknya !!!!
Pendek kata, Tabung Sedekah Subuh ini memang baik diamalkan. Syukur alhamdulilah kerana diberikan ilmu Tabung Sedekah Subuh ini pada aku.
1 Ulasan