
Seperti dimaklumkan di Melaka plastik beg tidak dibenarkan disemua premis perniagaan. Peraturan ini telah lama diwartakan Melaka semenjak tahun lepas.
Pada mulanya memang ler kecoh sebab peraturan baru ini menyusahkan masyarakat atau pembeli. Apatah lagi jika mereka pergi ke Tesco atau Mydin menaiki motosikal dan tiada raga pula. Memang kusut kepala ini.
Kasihan pula tengok makcik-makcik yang terlupa membawa beg tambahan semasa membeli barangan dapur.
Tapi lama kelamaan, kita sebagai manusia sentiasa "adopt" perubahan. Kini di Melaka, adalah perkara biasa melihat anak-anak remaja dan warga tua membimbit beg kosong pelbagai warna semasa dan selepas membeli belah.
Dulu segan juga nak bawa beg tambahan ini, dengan tulisan evergreen dan besar lak...hahaha. Tapi apabila ia menjadi keperluan dan ramai yang buat maka ia menjadi situasi normal.
Tapi hingga kini plastik beg yang diharamkan di Melaka diviralkan sekali lagi. Seperti tulisan di atas penulis berasa kecewa kerana pengharaman beg plastik ini hingga menyebabkan tangan makcik itu berdarah.
Saya memang bersimpati apa yang berlaku. Tapi sepatutnya jangkamasa hampir setahun pelaksanaan ini sepatutnya pengguna dan pembeli di Melaka sewajarnya tahu kalau hendak membeli belah barangan dapur di pasar raya wajib membawa beg tambahan sendiri.
Kenapa pula makcik ni tak bawa? Maaf jika artikel ini tidak menyokong statement penulis FB diatas. Saya ingin mencerahkan perkara ini agar cita-cita penulis yang kononnya popular agaknya, ingin viralkan perkara ini.
Penulis menulis pada 24/4/2016 iaitu sudah lama tarikh pelaksanaan tanpa plastik di Melaka. Janganlah buat kecoh!!
Pulau Pinang pun nak ikut jejak Melaka untuk mengharamkan penggunaan beg plastik ini. Maka peraturan ini dianggap baik.
Plastik adalah salah satu bahan yang lambat untuk diuraikan jika dibuang. Ia akan menjadi impak negatif kepada alam sekitar jika tidak dikawal.
Kalau nak marah, jangan marah pengusaha tapi tegurlah pihak pentadbiran negeri Melaka. Tapi bila difikir sekali lagi, adakah pengharaman plastik ni menyusahkan rakyat jika kita didalam skop penjagaan alam sekitar?
Akhir kata aku harap makcik tu cepat sembuh. Diharap pihak Mydin membantu makcik ini dari segi kos perubatan sebagai tanggungjawab sosial.

0 Ulasan