
Untuk pengetahuan aku adalah pengguna ubat suppliment Double X Nutrilite keluaran Amway.
Dah tua-tua ni kena makan ubat ler kalau tak mudah kena penyakit. Perkara wajib yang harus dibuat bila umur kau mencecah 40an..hihihi.
Dulu kerap juga makan ubat tradisional yang keluar kat TV tu tapi impaknya aku kurang baik. Lagi pun aku kurang percaya ubat-ubat sedemikian yang datanya boleh dipertikaikan.
Mak aku adalah pengguna tegar ubat tradisional dan pelbagai jenama telah dipakai tapi tak nampak apa-apa perbezaan.
Lalu kami ambil keputusan tukar kepada ubat yang dipercayai data serta telah digunapakai bertahun-tahun seluruh dunia.
Kami memilih memakai produk Amway Double X multivitamin dan melalui komen yang diberikan ia adalah produk yang baik terutama untuk warga emas.
Setakat ini produk ini secara peribadi aku katakan baik. Harga sekotak Double X ini untuk kegunaan 31 hari berharga RM160.
Tapi aku satu hari aku makan 1 kali jer. Maka boleh tahan untuk 2 bulan..hihihi.
TETAPI pada bulan Desember 2016 harganya telah naik dari RM160 kepada RM192. Kenaikan sehingga RM32 !!!!!.
Kenaikan harga memang dijangka tetapi kenaikan mendadak bukanlah sesuatu yang baik. Menurut maklumat ia disebabkan kejatuhan ringgit yang tidak konsisten.
Kos untuk membeli produk ini di US khasnya telah bertambah, maka harga ubat terpaksa dinaikkan.
Itulah maklumat yang aku terima.
Satu lagi penambahan perbelanjaan untuk aku. Kena tambah RM32 setiap 2 bulan. Tapi pendapatan tetap kekal.
Bukannya aku seorang yang suka mengeluh tetapi pertambahan perbelanjaan bukan pada harga ubat yang sebutkan ini tetapi pelbagai barangan lain jika dikumpulkan mahu mencecah kenaikan ratusan ringgit!!!
Bila RM nak naik yek...bila pemimpin mahu tersedar dari tidur melihat kesengsaraan rakyat.

0 Ulasan