Digital SLR Photography Majalah Fotografiku

Digital SLR Photography Majalah Fotografiku

Digital SLR Photography
Aku teringat mula-mula aku menceburi bidang fotografi ini 5 tahun yang lalu, pengetahuan aku memang kosong tentang dunia fotografi ini. Nasib baik ada ramai rakan-rakan di tempat kerja yang berminat dalam bidang fotografi mengajar aku apa itu fotografi.

Ucapan terima kasih secara peribadi pada rakan aku Mr. Thin yang membawa aku ke bidang ini. Alasan yang cukup bagus untuk aku gunakan apabila bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan iaitu mengambil gambar. Malah koleksi gambar bersama keluarga semakin banyak melalui minat baru aku ini.

Melalui hobi fotografi ini, aku tak perlu menyusahkan diri untuk pergi ke studio mengambil gambar. Malahan pada satu ketika dahulu aku amat kagumi mereka yang ada studio ambil gambar. kiranya kagum gila ler...hahahahaha. Tapi bila kita dah ceburi bidang ini, tak ada apa nak dikagumkan...ahaks. Mungkin gaya tu ada ler...


Tapi hobi fotografi ini memerlukan modal yang agak tinggi. Cikai punya kamera digital iaitu kamera pertamaku iaitu Canon1100 dulu harga  dalam RM1300. Banyak tu. Itu pun aku hutang dan bayar bulan-bulan di kedai. Belum lagi dikira tripod atau beg kamera.

Belum lagi termasuk lens yang harganya mencecah ribuan ringgit. Dan aku ingat buat pertama kali aku beli lens 70mm- 250mm dengan harga RM900 menggunakan duit bonus, hati ini meriah sangat. Itulah nikmat bermain bidang fotografi ini, memang mahal tapi dengan susah payah kau dapatkan ianya satu kepuasan.

Nak dekat 4 tahun aku gunakan Camera Canon1100 tu sampai maksimum dan pelbagai kenangan terindah dapat aku hasilkan melalui kamera ini. Mungkin untuk seseorang ia bukan yang terbaik tapi untuk kamu atau saya, jika kita yang mengambil gambar tersebut memang puas hati.

Bagaimana pula ilmu kamera aku semakin berkembang selain bergaul dengan rakan-rakan fotografi ialah melalui pembacaan. Dan majalah yang menjadi pilihan aku dari dulu hingga sekarang ialah Digital SLR Photography.

Dari majalah ini aku mempelajari teknik makro dan membeli tube makro manual yang murah untuk pembelajaran pertama aku. Bagaimana aku mengambil gambar cahaya, landskap dan haiwan semuanya aku cuba melalui pembacaan majalah Digital SLR Photography.

Majalah ini merupakan guru aku dalam memperbaiki teknik fotografi serta angle yang baik. Banyak yang belajar melalui pembacaan di Digital SLR Photography. Malah ia juga memberi pengetahuan tentang penggunaan kamera serta lensa yang berguna.

Bertahun aku gunakan majalah Digital SLR Photography dan aku syorkan anda belajar menggunakan majalah ini dan pastikan juga ada guru untuk bertanya jika anda tak faham dengan menyertai outing group atau blog-blog fotografi.

Catat Ulasan

0 Ulasan