COVID-19 KINI PANDEMIK

COVID-19 KINI PANDEMIK


COVID-19 KINI PANDEMIK
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi penularan COVID-19 sebagai pandemik.

Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.

Perkara itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi pertubuhan itu, yang antara lain menyatakan penilaian terkini dibuat setelah memantau penularan dan kemudaratannya.

Nampak gaya semua perancangan yang dirancang terutama untuk bercuti terpaksa dibatalkan.

Perancangan syarikat untuk menghantar pekerja pun harus dibatalkan, hanya pergi jika betul-betul urgent.

Seluruh Eropah kini diklasifikasikan level 3 termasuk China, Iran, Korea dan Hong Kong. Tak dilupakan Itali.

Gelombang kedua COVID-19 telah mencapai kemuncaknya dan WHO takkan keluarkan ancaman pandemil jika ia tak benar-benar serius.

Status ancaman Pandemik bukannya dibawa mudah sebab ia akan mewujudkan panik pada satu dunia. Apatah lagi WHO yang keluarkan status ini.

Berhati-hati pada semua. Jaga kesihatan anda. Kalau Malaysia terpalit level 3 ni maka semua rakyat akan susah. Ramai yang akan dikuarantin dan banyak syarikat akan tutup operasi.

Sekarang ni pun ramai yang dipaksa bercuti tanpa gaji gara-gara COVID-19 ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan