IMPAK COVID-19

IMPAK COVID-19

IMPAK COVID-19
Permulaan 2020 tak berjalan dengan baik apabilamunculnya virus COVID-19 sehingga WHO telah keluarkan kenyataan pada bulan March 2020 bahawasanya COVID-19 adalah pandemic.
Penyataan WHO menambahkan lagi keperitan beberapa industri yang telah terjejas dengan COVID-19 ini.

Industri yangmula terpalit dengan COVID-19 ini ialah  industri pelanconganBermula dengan pembatalan tiket kapal terbang secara besar-besaran ia beransur memberi impak pada pemain industri pelancongan seperti agen pelancongan yang kehilangan ramai pelanggan dimana mereka membatalkan lawatan mereka disaat-saat akhirKemudian hotel-hotelpula kehilangan akibat pembatalan oleh pelanggan mereka

Kemudian ia terpalit pulapada industri berkaitan seperti restoran yang telah menempah bahan mentah berdasarkan maklumat dari agen pelancongan. Industri lain seperti Zoo, taman tema, muzium, penjual ole-ole adalah mangsa seterusnya.

Kehancuran imdustri pelancongan menyebabkan industri minyak terpalit. Harga minyak akan merundum turun disebabkan perintah berkurung sesetengah negara, kapal terbang komersial terbantut serta rakyat tidak lebih memilih duduk dirumah sahaja.

Kemusnahan industri pelancongan membawa kesan industri fotografi dimana pekerja-pekerja kreatif ni tidak diperlukan. Lagi dahsyat majlis-majlis perkahwinan, harijadi dan sebagainya akan ditunda. Ini semua akan memyebabkan pekerja industri ni tiada gaji.


Industri pengilangan pula akan terbantut dengan kuarantin produk-produk yang mereka perlukan untuk menjalankan mesin  mereka.

Industri filem pula terpaksa tunda tayangan filem mereka di panggung wayang kerana jumlah yang pergi ke panggung wayang menjunam hingga 50%..

Akhirnya dengan isu COVID-19 ini ramai pekerja yang terkena impak virus ini alam diberhentikan atau diminta ambil cuti paksa. Ini semua mengganggu pengaliran wang domestik akibat ramai yang tiada pekerjaan.

COVID-19 benar-benar memberi impak kepada kesejahteraan manusia.

Catat Ulasan

0 Ulasan