CARA LENGKAP LANJUTAN MORATORIUM OLEH CIMB

CARA LENGKAP LANJUTAN MORATORIUM OLEH CIMB


CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd melalui penggunaan analisis data akan mengenal pasti individu yang berpotensi terjejas, dan secara proaktif akan berhubung dengan pelanggan ini bagi program bantuan pembayaran balik pascamoratorium yang disasarkan oleh bank itu.

CIMB dalam satu kenyataan berkata, SMS akan dihantar kepada lebih daripada 300,000 individu dan 10,000 PKS mulai hari ini supaya mereka dapat melengkapkan permohonan pada 20 Ogos 2020.

Ini berita baik untuk pihak yang terjejas. SMS akan dihantar kepada anda.



Anda akan menerima sms secara automatik jika anda difikir layak untuk menyambung pembayaran moratorium ini.

Anda hanya perlu klik URL yang diberikan. Setelah anda klik URL yang diberikan isi no kad pengenalan.Anda boleh muat naik dokumen yang membuktikan anda layak mendapat bantuan ini.



Setelah anda isikan, pihak bank akan hantar sms tanda menerima rayuan anda. Dan pihak bank akan menelepon anda dalam masa 7 hari waktu bekerja atau kalau dokumen dah siap. Muat naik sahaja.



Itu sahaja dan tunggulah pihak bank telefon.
Jika anda fikir anda layak, tapi tak dapat sms maka anda boleh menelefon pihak bank pada 7 Oct hingga 7 Sept ini.

Jenis pengurangan bayaran moratorium ni merangkumi beberapa cara oleh CIMB. Dibawah ini adalah cara moratorium mereka.

Admin berharap anda yang terjejas dapat kurangkan bebanan anda.




Catat Ulasan

0 Ulasan