Harga barang naik- BN MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT?

Harga barang naik- BN MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT?

Dacing yang senget!!!
Sejak menjak ni harga barangan semua telah mencecah naik! Gula naik semua naik. Kat Melaka semua air naik RM0.20 sen. Dengar khabar minyak pun nak naik. Aku tak nak cerita hargä2 yang sebelum ni dinaikkan oleh kerajaan. Kerajan BN!!

Aku sebenarnya penyokong utama BN sejak bangku sekolah. Idola aku MAHATHIR. Tapi sekarang ni, aku pendirian aku dah mula goyah. Bosan dengan bebanan tanggungjawab kerajaan alihkan ke
bahu rakyat seperti aku.

Barang naik tapi gaji tak naik!! Kemudahan kepada rakyat makin lama makin tipis, semua kena bayar!! BN selalu bandingkan harga gula atau minyak atau apa-apa jua yang dia orang naikkan adalah lebih rendah berbanding negara lain. Kenapa tak nak bandingkan dengan negara lain harga gula dan minyak yang lagi rendah!!

Negara Malaysia ni kaya, minyak ada, sumber alam berlambak, tanah2 yang subur, tiada bencana alam dan makmur sepatutnya kebajikan atau nama popular BN iaitu subsidi tak jadi masalah. Janganlah merendah-rendahkan nilai rakya dgn ayat subsidi!!

Macam rakyat meminta sedekah! Pada dasarnya, kerajaan dicipta adalah untuk membantu rakyat dgn menyediakan infrastruktur dan merendahkan kemiskinan. Bukan miskinkan rakyat. Betul! untuk menjana pembangunan, kerajaan perlukan uang dan salah satu cara adalah melalui cukai! Cukuplah dgn mcm cukai
yg ada. Ni tidak, naikkan harga brg keperluan rakyat berkali-kali...

Bila naikkan gula, mula ler keluar iklan, jangan makan gula terlalu banyak nanti kencing manis. Itu teknik 30 tahun dulu ler. Rakyat sekarang benar2 terdesak terutama golongan bandar dan juga gaji kurang
RM2000.

Tak lama lagi nak pilihanraya umum, BN buat perangai naikkan brg. Satu lagi kempen beli umah 100% loan dgn nilai umah lebihi RM200K itu pun mengarut. Memang boleh beli tapi bulan2 nak byr RM MINIMUM
RM1200. Tak lama ramai anak2 muda Malaysia kena black list..hehe. Ni aku akan bincang dalam entri seterusnya.

Jika sesiapa ada membaca blog aku dgn label politik memang tahu aku sokong BN walaupun aku kata
berkecuali. Tapi sekarang aku belah bagi melihat sikap BN yang aku tak pasti apa maksudnya.

Dari: Rakyat Yang Semakin Bosan

Catat Ulasan

6 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Satu komen yang tepat. Tanpa rakyat tidak wujud kerajaan. Kerajaan dipilih oleh rakyat
bertujuan membantu rakyat
setiap masa dan keadaan. Membantu
semaksimum yang boleh, itulah
tugas kerajaan.Ramai hidup menderita sedangkan peminpin diharapkan membantu hidup senang
lenang,kaya-raya,glamour dan banyak
lagi yang tak perlu diperjelaskan.
Ingatlah kerajaan jangan sampai
rakyat tak ingat kerajaan(BN)lagi.
From Rosdi
THE AUTHOR berkata…
Benar.. thanks Mr. Rosdi for your comment.
Alan Rizque berkata…
Kebajikan tukar jadi subsidi..cara untuk merendahkan hak rakyat..sangat bersetuju..
Tanpa Nama berkata…
rakyat semakin cerdik & terpelajar! bukan boleh ditipu dgn sewenang2nya.info boleh dpt dgn cepat & tepat dr seluruh dunia. kalau berpeluang ke negara2 lain kita boleh buat bermacam perbandingan. kerajaan jangan sogok rakyat dgn kata2 tersirat @ tersurat. rakyat dah muak! tapi masalahnya di Malaysia iklim politik kita mmg kelas rendah. BN dgn imej elitis nya, PKR macam2 hal, DAP mmg anti Melayu/Islam, PAS perguna agama, jd apa pilihan terbaik kita rakyat biasa ada? kenapa tiada parti Buruh yg mewakili golngn pekerja di Mesia? pengaruh parti ni kuat di Eropah. aku sngt berharap tertubuhnya 1parti baru yg benar2 bersih, tak gunakan parti utk kekayaan peribadi & kroni, tak perkauman, tak salahgunakan agama & pemimpinnya benar2 mengikuti ajaran Al Quran & sifat2 terpuji + kepimpinan Nabi Muhammad SAW. agak2nya akan wujudkan parti ini & lahirnya pemimpin umat tersebut di Mesia? mudah2an...
THE AUTHOR berkata…
Benar!!!Saya pun sebenarnya menghadapi dilema siapa nak sokong..tiada parti politik yang benar-benar bersih. Mahu Tak Mahu terpaksa sokong BN tapi BN pun aku tengok semakin tak best.. Mungkin tahun ni malas nak mengundi kot!!
Jobless Girl berkata…
What to do. We have to work extra hard to survive.