Skim Rumah PertamaKu!! Benar Membantu Belia?

Skim Rumah PertamaKu!! Benar Membantu Belia?


Rumah Idamanku
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan BN dalam merealisasikan impian rakyat Malaysia yang megidamkan sebuah rumah yang pada masa kini harganya semakin melambung. Pelbagai projek Mega telah dilancarkan seperti :
a) Program Perumahan Rakyat
b) Projek Bantuan Rumah Sewa
c) Projek Bantuan Perumahan Bandar
d) Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah
dalam membantu rakyat memiliki rumah sendiri. Kerajaan telah membelanjakan  hampir RM568 juta atau setengah billion untuk membina 300 unit Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit Program Perumahan Rakyat, 8,000 unit Projek Bantuan Rumah Sewa dan tambahan RM50 juta untuk Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.
Terima kasih saya ucapkan atas pertolongan ikhlas kerajaan membantu rakyatnya. Tetapi kosnya hingga setengah billion memang cukup besar dananya untuk membantu rakyat!!!! Tapi hari ini saya tak mahu mengulas perkara di atas.

Dan kini impian rakyat Malaysia ceria kembali dengan pengumuman Skim Rumah Pertamaku.
Skim Rumah Pertamaku dimana:

a)  Kerajaan akan menjamin  bayaran pendahuluan atau deposit 10% melalui Cagamas.
b) Dan tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun.
c) Hanya untuk pembeli rumah pertama
d) Individu yang layak sehingga umur 35 tahun.
e) Pendapatan tidak melebihi RM3000.
f) Layak untuk membeli rumah minimum RM100,00 hingga RM220,00.
g) Kelayakan pembayaran tidak melebihi 1/3 gaji bulanan.
Selain itu pemohon haruslah bekerja lebih dari enam bulan melalui majikan yang sama, Simpanan bank harus mempunyai kecairan untuk 3 bulan pembayaran.

Terima kasih kerajaan kerana memahami golongan belia agar membeli rumah mereka sendiri  tetapi saya merasakan satu isu yang perlu saya tekankan iaitu membeli mereka memang mampu kerana tak perlu membayar bayaran pendahuluan tetapi mampukan mereka membayar bayaran bulanan?
Itu misteri yang saya nak ungkaikan. Golongan belia berapa ramai gajinya melebihi RM3000, kebanyakan golongan yang berumur bawah 35 tahun ini gaji mereka biasanya dalam RM800 - RM2200 maks. Jika RM 2800 pun tak banyak terutama pekerja swasta yang masih lagi menagih janji Penetapan Gaji Swasta yang kata akan diumumkan pada bulan May atau Jun...
Sila baca entri lama saya http://hanifidrus.blogspot.com/2010/10/gaji-minimum-pekerja-swasta.html

Terlari dari tajuk utama..hahahahaha..
Katakan seorang individu gaji RM1200 beli rumah dengan harga RM100,00. Itupun belum tentu loan dia lulus kerana jika ikut peraturan harus 1/3 gaji,  dia hanya mampu bayar RM400 sebulan. Katakan bank luluskan pinjaman beliau walaupun kita semua tahu beliau tak  mungkin lulus punya...hehehehe.
Peratuiran gaji bawah  RM3000 dengan harga rumah minimum RM100,000 sahaja dah mengagalkan golongan bawah gaji RM800.

Katakan lagi beliau berjaya beli melalui sokongan ketua kampung yang ada link ngan ahli politik. Bayaran bulanan RM550. Saya malas nak kira BLR atau kadar pinjaman sebab melalui pengalaman rumah RM100, 000 dalam anggaran ini bulanannya. Tapi jangan lupa kerajaan kasi 30 tahun pinjaman. Kita kurangkan bulanan menjadi RM500.

Gaji RM1200 tolak hutang kereta BLM RM400 - hutang rumah RM500  so baki RM300.Sampai bila beliau nak hidup sedemikian!!!!!!!!
Bila masa nak menyimpan... entah lah...
Bila masa nak bantu orang tua..tah-tah minta duit mak bapak ada lerrr...
Bila masa nak kahwin....
Saya punya teori ialah beliau tidak ada hutang lain... hanya hutang kereta ngan rumah ajer.. kalau beliau hutang ngan Court Mammoth, ada makwe kena belanja, ada mak kena hulur dan cukai pintu , tanah dan  macam-macam cukai mana nak cari duit!!!!!!!

Saya tak tahu kenapa Skim Rumah Pertama ini digubal, sepatutnya penggubal Skim ini harus melihat semua aspek.
Mana boleh samakan gaji mereka dengan gaji anak-anak muda yang lain di Malaysia..
Kalau semua belia Malaysia 80% bergaji RM3000 atau paling busuk pun RM2500 baru boleh buat Skim sebegini...

Saya berani jamin, lagi 2 tahun mesti ramai anak-anak belia Malaysia kena blacklist pasal tak bayar duit rumah atau tak kahwin-kahwin sebab nak bayar duit rumah....hehehehe.
Satu lagi pelaksanaan untuk memperbodohkan rakyat Malaysia...

Satu lagi saya nak komen tentang perumahan rakyat atau rumah ihsan rata-ratnya melibatkan kroni yang tertentu. Tapi  bukan semua melibatkan kroni. Tapi pengalaman dan apa yang didedahkan yang saya l pernah lihat  berlaku ialah kroni!!!! Saya tak der bukti..cuma meluahkan perasaan ajer..
Pemantauan amat penting, kalau tak BN mungkin kecundang kerana dasar luar nampak bagus tapi menyusahkan rakyat. Dan dasar yang bagus tapi tiada pemantauan juga tidak berguna.





Catat Ulasan

5 Ulasan

fRaMe+LenSeS berkata…
setuju ng pendapat kamu kan? gaji lebih rendah camna? shian depa/ T.T
bantuan berkata…
Saya setuju pdpt anda juga.... Mana ada bank yg nak lulus gaji rendah. Sy pun pernah juga mohon rumah gaji 1200. Semua bank x lulus mohon. Nasib org keje swasta
betul berkata…
Setuju sangat, bukan main gembira saya p bank try nak buat pinjaman tentang skim rumah pertamaku, tapi kesian di malukan, gaji 1500 tak layak padahal rumah hanya 100k, malu...malu, mana dah tinjau rumah tu, dah bincang dgn tuan rumah, klw krja swasta tak sama dgn krja kerajaan, kesian kita, sampai bila ada rumah, harap kerajaan pantau lebih teliti tentang kemampuan rakyat, cakap gaji rm3000 kebawah tapi p bank, bank cuma lihat orang bergaji tinggi je
betul berkata…
Setuju sangat, bukan main gembira saya p bank try nak buat pinjaman tentang skim rumah pertamaku, tapi kesian di malukan, gaji 1500 tak layak padahal rumah hanya 100k, malu...malu, mana dah tinjau rumah tu, dah bincang dgn tuan rumah, klw krja swasta tak sama dgn krja kerajaan, kesian kita, sampai bila ada rumah, harap kerajaan pantau lebih teliti tentang kemampuan rakyat, cakap gaji rm3000 kebawah tapi p bank, bank cuma lihat orang bergaji tinggi je
Tanpa Nama berkata…
skim bantuan nie sekadar penyedap...hakikatnye tak ramai yg mampu mohon...