![]() |
Maskot DiGi... |
Kadangkala aku naik mual tengok perkhidmatan komunikasi ni.
Sebagai contoh kalau anda baca entri aku yang terdahuliu "DiGi Easy Prepaid"
Menceritakan kenapa aku beli DiGi Easy Prepaid ini kerana murahnya internet charge yang diberikan.
Unlimited Internet dari pukul 12.00am hingga 12.00am keesokkannya hanya RM3.
Manakala internet charge untuk DiGi biasa ialah RM5.
Tapi sejak kebelakangan ini aku lihat semua perkhidmatan DiGi kasi unlimited Internet RM3.
Hawau Betui!!! Hati aku dah menyumpah....
Kerana DiGi Easy Prepaid aku lupa nak top up Maxis aku hingga line kena potong!!!
Ada lagi...
Itu aku tak marah lagi, so bila aku nak main internet aku terus on ajer...tetiba aku rasa kredit aku dah kurang. Rupanya kena tolak RM8 sehari main internet atau 100MB..entah ler.
Aikk!!! dulu kalau pakai DiGi Easy Prepaid automatik tolak RM3.
Adus!!! 2 kali aku kena macam tu...mana nak perasan kredit tengah banyak !!! Hilang RM16 macam tuu ajer.
Peristiwa Kedua,
Bila dah terkena RM8 , aku check perkhidmatan DiGi taip *128# . Aku check Internet.
Bila aku check kat kolum internet..ada sub kolum 1. Plan Saya 2. Plan Lain.
Aku check plan aku memang sah RM8.
Bila aku check plan lain ada pilihan Unlimited RM3 sehari dan RM15 seminggu.
Hati aku dah gembira, aku pilih RM3 sehari, so macam biasa aku main ler..
Nak dekat kul 12.00am aku pun off, keesokannya kredit aku ditolak RM3 dan hari seterusnya RM3..
Aikk!! aku dah panik tak tahu macam mana nak padamkan perkhidmatan ni.
So aku taip *128# dan cari kolum internet dan pilih plan RM3. Aku tengok kat bawah boleh unsubscribed Unlimited Internet RM3.
Cepat-cepat aku unsubscribed ......
Pehh!!! kalau tak tiap-tiap hari kena tolak RM3 walau tak pakai internet..
Dulu kalau habis RM3 automatik internet diputuskan..sekarang lain lak...
Perubahan yang tak disangka-sangka terjadi, kalau macam tu kalau tak guna dahulu buat DiGi Easy Prepaid, sekarang DiGi aku macam DiGi biasa sahaja. Aku belum check Buddy yang kasi SMS dan telefon percuma laku lagi ker atau tak?
Syarikat telekomunikasi ni nak kaut keuntungan dengan memperbodohkan kita. Tapi aku salute gak, dalam baik aku lost RM28 jugak...heheheheh.
Tapi tak patut ler macam tu..at least inform pada pengguna dulu melalui sms ker atau apa-apa.
So kesimpulannya, sekarang aku tak percaya dengan apa-apa tawaran syarikat telekomunikasi ini... sekarang ini tawaran terbaru Reload Social.....kita lihat sahaja.
9 Ulasan
DiGi Easy Prepaid bukan boleh transfer kredit..kekekke
boleh bg tau detail x... ?
Oh digi easy prepaid xleh share kredit eh? haha. No wonderlah xde talktime share. Ade talktime advance je. Merata-rata tempat den cari. huhu. Btw thanks for the info. :)
Tadi baru je subscribe Supper Buddyz. Free call/sms for every day. 99sen charge utk subscribe. Tapi entah mnjadi ke tidak..huhu..
Betullah digi easy prepaid ni utk org y suka bgayut.. :D