Halinis Food - Bazar Ramadhan Projek

Halinis Food - Bazar Ramadhan Projek

Kuih Kampung Ujung Pasir
Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk untuk Halinis Food. Dah dekat 4 minggu ini sibuk tak henti-henti. Mula-mula projek Zoo Melaka dan kini projek Bazar Ramadhan.
Dah ler hari Sabtu yang lalu aku kena main ngan kawan aku, letak produk aku lepas tu main ugut-ugut. Disebabkan menyampah dan berbulu aku ambil produk aku ke tempat lain.
Sila baca entri  Jual Jagung dah Berlagak

So hari Ahad aku merayau lagi, kini ke Kuih Kampung Ujung Pasir, sebuah tempat menjual kuih muih yang cukup terkenal di Melaka. Sebuah kawasan yang menjual pelbagai menu kuih-muih Melayu. Aku tak tahu ler kalau orang Melaka tak kenal Kuih Kampung.
Aku bernasib baik kerana pakcik tu benarkan aku letak produk aku. Sebenarnya Kuih Kampung tiada dalam kawasan letak produk aku tapi apa nak buat members makan member telah berlaku..hehehehe. Selain itu produk aku juga ada di Ikan Bakar Duyung, kat sana sebuah kedai yag menjual makanan tradisional. So aku letak kuantiti yang sedikit ajer...Khas untuk pelancong-pelancong luar yang makan kat sana. nanti kempunan lak tak dapat makan kuih aku...hehehehehehe (perasan).
Jika anda meluangkan masa di Kuih Kampung atau Duyung sila rasa kuih raya Halinis Food.
Thanks
( Gambar kat bawah tu muara Sg. Duyung,nak amik gambar kedai tu tak dapat lak..)
Lawa gambar ni tak?

Catat Ulasan

0 Ulasan