Puasa Dan Durian

Puasa Dan Durian

Durian Ohhhh Durian
Sekarang ini musim buah-buahan. Dan tahun ini rezeki memang cukup murah, semua buah-buahan menjadi, tidak seperti tahun lepas yang aku ingat ..ada buah durian yang tak berbuah, buah manggis yang tidak berputik, buah rambutan yang agak masam.

Tapi tahun  ini, pokok durian sebanyak 4 batang rumah bapa mentua semua menjadi. Buat pertama kali berbuah iaitu durian sulung ler..hehehehehe. Mahu tunggu 4 tahun gak bapa mentu aku menanti buah durian ini berbuah... Malahan kebun sebelah rumah bapa mentua aku juga pokok durian menjadi, sampai tuan punya kebun tu kata pada mak mentua , " Kalau kakak nak makan, ambil ajer ler".
Pendek kata memang tak larat nak makan durian tahun ini.
Dan kerana durian juga batuk aku hilang. Sila baca entri : Ubat Batuk - Durian

Minggu lepas hari Ahad yang lalu aku ada bawa balik 2 biji durian dari pokok bapa mentua aku. Semalam baru aku makan. Memang best, isinya besar-besar dan aku lantak habis kedua-dua biji durian tersebut. Bini aku hanya makan seulas ajer...

Setelah makan, aku bantai minum air suam banyak-banyak takut nanti kang demam satu hal pulak. Selang 20 minit terasa perut aku kembang semacam ajer.. dalam hati aku ini mesti gas durian ini. Punyalah tak selesa aku dibuatnya. Tekak lak terasa macam nak pedih, aku telan lagi air suam. Mahu satu jag juga aku telan malam tadi....
Tadi malam  tidur, emmm....tak selesa langsung..

Padan muka aku, makan durian berlebihan..hehehehehehe. Tapi aku kalau dah makan durian memang hantu punya, apatah lagi kalau isinya warna kuning dan lemak-lemak..pehhhh..meleleh air liur aku.
Sempena bulan puasa ini adalah mengawal nafsu kita termasuk mengawal nafsu makan kita....
Berjayakah aku?

Catat Ulasan

2 Ulasan

cik asam jeruk berkata…
en hanif, thanks for ur advise. skrg sy dah ada shout box! hoyeah! haha. btw sblm pose hosmet pon ada bawak balik durian. sedap gilak. durian kampung.
Hanif berkata…
Tahniah Cik Asam Jeruk....

Saya cadangkan juga laman web ini untuk Cik Asam jenguk.. memang best gak untuk pengguna blogspot..
http://full-tricks.blogspot.com