Google Plus Increase Pagerank

Google Plus Increase Pagerank

Apa itu Google Plus dan aku rasa ramai dah ketahui kewujudan Google Plus ini . Dan aku rasa juga ramai dah ketahui projek rahsia ini dengan nama “Emerald Sea”,  memakan masa selama 1 tahun untuk dihasilkan dan jumlah projek ini secara keseluruhan 585 juta dollar. Dan sudah pasti sasaran utamanya ialah Facebook!!!!





Begitu banyak wang yang ditaburkan untuk menghalang perkembangan Facebook dan mereka juga tahu pulangan daripada pelaburan Google Plus ini pastinya berlipat ganda. Dan pastinya Google yang mempunyai pelbagai aplikasi dengan mudah menyerapkan semua Google Plus ke dalam aplikasinya.

Google Plus ini mempunyai pelbagai aplikasi seperti:
a) Automatic Circles
b)  Huddle
c)  Hangouts
d)  Sparks
e)  Instant Upload
f)   Google Plus Mobile

Fungsinya sama seperti Facebook ada butang like tetapi like Google adalah lebih meluas.. Dan wujudnya satu perdebatan sama ada button Google Plus ( +1Votes) akan dimasukkan kedalam pagerank atau tidak . Setiap butang yang ditekan pada artikel akan memberi kesan pada pagerank dan lebih banyak butang ditekan pada entri anda maka lagi tinggi pagerank anda.

Bagi saya tidak mungkin, ia hanya satu entiti yang berlainan dari pagerank itu sendiri. Ia dicipta dan akan dianggap sebagai Social Network sama seperti Twitter atau Facebook. Tidak memberi apa-apa pagerank pada anda tetapi penyumbang komunikasi atau promosi website anda.
Takkan Google nak kasi pagerank begitu mudah...dan bagaimana mereka hendak kawal spammer jika ia dibenarkan....
Tetapi saya juga ada mendengar perdebatan bahawa melalui twitter anda akan increase pagerank jika anda di re-tweet.(Klik untuk mendapat maklumat tentangTwitter Re-Tweet)

Sekarang kita hanya perlu sabar dan menunggu kerana Google Plus masih dalam proses pembelajaran  yang kini ahlinya ialah 20 juta orang dan bertambah. Nak join pun bukan suka-suka boleh join..kena invite  by Google atau members yang ada akaun Google Plus add kamu, baru boleh join. Aku pun tak der...
Nak cerita tentang Google Plus ini pun tak reti, cuma yang aku nak tahu adakah ia akan dikira sebagai salah satu penyumbang pagerank?
Jika ya, Alexa aku pun ada peluang naik...hehehehehe.
Sesiapa ada akaun Google Plus please add aku..
Aku teringin nak test Google Plus ini....

Catat Ulasan

4 Ulasan

Muttallif berkata…
yap, teringin nak guna google plus jugak...hehehe...adakahlebih best dari FB atau tidak
THE AUTHOR berkata…
dengar lagi best....
Neezhom Photomalaya berkata…
Assalaamu'alaikum tuan rumah. Setakat yg saya test, menarik juga G + ni, cuma setakat ni kureng lg org malaysia, dan geng2 saya pun kureng, maka mungkin itulah yg jadi tak menariknya hehe

Kalau bro mahu di invite , sila berikan add Google nya :)
Tanpa Nama berkata…
blur lagi..mas baru sorang je.hihih