Proton BLM - gear tercabut

Proton BLM - gear tercabut


Tombol dalam keadaan baik

Kualiti!! Dalam mana-mana industri perkilangan itulah persoalan atau tujuan utama untuk memastikan produk atau sesebuah syarikat itu berdaya maju.
Tapi malangnya rakan kawan saya mengalami masalah dengan kereta Proton BLM yang baru dibeli setahun.

Beliau menggunakan gear automatik dan untuk BLM auto terdapat satu tombol untuk ditekan sebelum tukar gear telah tercabut dan terpelanting.
Adakah ini kualiti yang baik..Nama baik Proton pada pandangan masyarakat semakin pulih dan dalam proses pemulihan selepas diambil alih oleh CEO muda yang berwibawa.
Tetapi kualiti adalah kerja berpasukan, salah satu mekanisme yang bermasalah maka bermasalah keseluruhannya.

Dan antara beribu-ribu BLM yang dijual dan hanya sebuah ini sahaja yang bermasalah tercabut tombol gearnya TETAP juga bermasalah!!!
Kerana nama BLM telah tercemar... ( lihat gambar bawah tombol tercabut)



Tombol tercabut!!!
Pengguna yang mempercayai BLM Proton sudah semestinya kecewa akan hasil yang mereka dapat setelah  invest beribu-ribu ringgit kepada produk tersebut.
Itulah yang berlaku kepada rakan saya.

Rakan saya telah mengadu masalah ini kepada Proton dan saya berharapan agar ada tindakan susulan. Janganlah repot yang Proton terima disembunyikan bawah karpet dan akhirnya jadi macam Toyota yang terpaksa menanggung rugi dan paling dahsyat anda bermain dengan nyawa manusia.
Quality No One.


http://hanifidrus.blogspot.com/2011/09/fotografi-teknik-toy-story.html

Catat Ulasan

3 Ulasan

cik asam jeruk berkata…
addeh ni salah 1 sebab sy xnk beli kete proton, da la myk mencekik, kualiti pon teruk. mcm my fren baru beli persona, radio rosak, alarm kete rosak..mcm2.tp tu la,ikot nasib jugak kan
THE AUTHOR berkata…
tu lerr..mcm mana nak sokong keluaran negara kalau kualiti ng
Qaseehtolia berkata…
Adik saya baru jer jual keta dia..Second value jatuh teruk..ummm apa nak buat..Follow kembali