Datuk Ali snap shot..
Semalam aku hadiri Seminar Pengurusan Bahan Buangan Berjadual Di Melaka anjuran Jabatan Alam Sekitar Melaka dan Kualiti Alam.Boleh ler tahan pembentangan kertas kerja oleh pembentang-pembentang cuma pembentang pertama melalut-lalut promosi tentang kedai mata dia..huhuhu .
Lain-lain maklumat yang aku peolehi ialah Melaka sekarang menuju ke arah Melaka Teknologi Hijau dimana 3 tahap yang mesti dicapai iaitu Bersih (Clean), Hijau (Green)  dan  Selamat (Save).


Selain itu perbentangan ringkas tentang Seven Schedule yang telinga kau dah tak mahu dengar lagi. Dari dulu sampai sekarang asik dengar tentang tu.. So aktiviti aku yang seterusnya ialah hampir melelapkan mata..
Yang paling boring tunggu Ketua Menteri Melaka datan guntuk majlis penutupan, kat adatang pukul 1.00pm tetiba datang nak dekat  pukul 2.00pm. Perut aku dah mendidih kelaparan. Aku pun tak salahkan KM kerana jadual beliau memang padat, kalau kau tengok kat FB, tiap-tiap hari berjalan rasmi kat san ..rasmi kat situ..Memang penat kerja dia ini..

Acara paling best makan tengahari..aku melantak secukupnya...makan sup kambing, kuih dan semua lauk yang terhidang tapi denagn cara bersopan lerr. Karang orang ingat aku ni kuat melantak lak.. Amik sikit-sikit. Tu teknik makan banyak tapi tak nampak...kekekkeke.

Kesimpulannya seminar memang merehatkan badan aku untuk hari itu..tak pening kepala pasal kerja. Danmaklumat ya diperolehi amat berguna seperti di Melaka sekaran terdapat 15 sub-con untuk pengumpulan bahan berjadual dapat mengurangkan kos penghantaran pengeluar.
http://hanifidrus.blogspot.com/2011/09/proton-blm-gear-tercabut.html