Training OHSAS 18001- HIRADC

Training OHSAS 18001- HIRADC

Hari ini aku ada 2 hari training HIRADC ( Hazard Identification, Risk Assement & Determining Control) training.
Kilang aku sekarang bercita-cita nak buat HIRADC ni. ( Dulu namanya HIRARC)
Maksudnya analisis dan pelaksanaan untuk menkaji risiko kerja kepada aktiviti kilang  samada secara rutin atau tidak rutin . Lebih kurang ler macam tuu..
So semua aktiviti yang berisiko kita kena masukkan ke dalam satu dokumen , kalau dalam ISO14001 kita panggil Impact Aspect.
Dan setiap 3 bulan kena review..




HIRADC ini amat penting untuk semua orang sebagai guideline dalam keselamatan. Kalau ada memang cukup bagus untuk semua pihak terutama dalam memastikan setiap pekerja di jaga kebajikan dalam keselamatan mereka.
Tapi aku malas nak kena buat kerja-kerja ni..kalau setakat menulis tak ler susah sangat. Tulis sikit lebih kurang . Ini dia suruh ambil gambar lagi dengan Working Instruction dan macam-macam.
Pandai dia orang , kasi aku training 2 hari , memang best training ni sebab aku tak perlu pikir masalah selama 2 hari ...hehehhhe.
Lepas training siap kau..macam-macam kerja kena buat........huhuhuhuhu.

Aku punya training memang cukup bagus. Siap kasi gula-gula lagi dan paling penting boleh top-up gula-gula lagi...hehehe. Hilangkan mengantuk..
Dia pun tahu kalau training 8 jam ni..dalam pukul 2.00pm semua mata mesti terkatup-katup..
Esok sambung lagi training... dan esok ada group discussion nak cari risiko kerja  kat tempat kerja aku dan buat HIRADC ni..
Ok lah...nak baca sikit manual training ...
Selamat berblog rakan-rakan...
Selalu datang sini ..target bulan ini 100,000 pageview...eyahhhh
http://hanifidrus.blogspot.com/2011/09/cabaran-kendiri-pageview-100000.html

Catat Ulasan

2 Ulasan

teratai berkata…
kena dengar n praktik betul2 baru boleh jadi pekerja bkualiti n jaga keselamatan di tmpt kerja~ini selalu diabaikan oleh kita:(
THE AUTHOR berkata…
betul safety No 1..Itu hari kilang member I, pekerjanya putus ibu jari masa buka mesin ..