Saya akan gunakan contoh blogger ini..( bukan saya kata tapi Google).
Ini bukti bernyawa yang benar!!! Saya memang tak pandai tapi kita terpaksa percaya data...
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada newbie blogger Asam Jeruk yang telah dapat pagerank 1. Saya merupakan peminat kepada blogger ini kerana disiplin beliau dalam blogging..
Saya pernah katakan bahawa pernah ada blogger dapat pagerank dalam masa 6 bulan dan terbukti Asam Jeruk telah memperolehinya dalam, masa 3 bulan!!!
Pada mula-mula beliau berkecimpung dalam bidang blogger ini hingga sekarang saya telah menkaji cara blogging beliau dan berkali-kali saya rasa pernah katakan dalam masa 6 bulan adalah masa kritikal dalam blogging kerana Google akan melihat prestasi anda.
Dan saya percaya beliau pasti akan dapat pagerank!!!
Pernah saya katakan , blogger baru lebih mudah mendapat pagerank kerana blog mereka masih suci dan belum tercemar seperti blog aku yang dieksperimen kerap kali...hehehheheeh
Dan atas usaha beliau samada disedari atau tidak berjaya membuat blogwalking dan artikel setiap hari...Dan inilah hasilnya...Pagerank 1 habuannya..
Jom kita analisis Asam Jeruk Prestasi:
Pagerank :1
Alexa : 3,000,000
Pertama beliau mendapat pagerank 1 disebabkan bukan SEO beliau tapi:
a) Blogwalking yang berterusan... kerana saya kerap ke blog beliau dan mendapati banyak blogwalking yang dilakukan setiap hari.
b) Entri yang diupdated setiap hari.....Sejak mula berblogging beliau telah berjaya membuat 1 entri setiap hari ( purata)
Mesti kena maintain perkara ini kalau tak akan hilang pagerank nanti...
c) Ping sistem.... Beliau ada memasukkan apesal.com widget. Biasanya widget sedemikian memberi peluang kepada pembaca.
Saya cadangkan guna sekali widget ping.busuk.
d) Bloglist..tak kedekut exchange bloglist dengan blogger lain..Dengan cara ini beliau mendapat link yang diperlukan untuk Google crawl blog beliau ( ini adalah keperluan utama dalam pagerank!!)
Dari masa ke semasa kena blogwalking untuk dapatkan link yang berterusan
Kalau dapat bloglist dari blogger pagerank tinggi lagi best..
Kalau kamu kasi bloglist pada seseorang itu pastikan ia juga masukkan URL kamu pada bloglist anda. Kalau tak rugi pagejuice nanti...
e) Loading time Asam Jeruk agak tinggi iaitu 8. Agak bahaya juga sebaiknya bawah 5 second kot.
Cara atasi ialah saiz gambar jangan terlalu besar..paling besar pun 20kb tapi biasanya saiz image yang terbaik bawah 10kb.
Jangan guna .png tapi gunakan jpg
Kalau nak tahu lebih lanjut baca ni
f) Internal /External Link total ada 404. Banyak tu..manakala external link yag anda kasi 325. Sebaiknya total internal dan external link dalam blog bawah 100 tapi untuk aku 160 pun dah OK.
Kebanyakkan external link dari bloglist anda yang dofollow maksud mereka mendapat page juice anda.
Bloglist amat penting untuk exchange link ( takkan nak buang atau buat nofollow) Tak adil.
Cara atasi ialah buat satu blog lain untuk simpan semua bloglist.. Macam aku buat ni
Apa itu pagejuice:
Bayangkan blog anda sebiji tembikai. Dalam blog anda letak link-link web-web lain lain terlalu banyak sebagai contoh 200 link. So tembikai anda kena potong 200 pecahan. Dari dapat sebijji tembikai anda dapat sikit ajer. Tapi kalau nak buang semua tak boleh sebab tu digalakkan bawah 100.
Penat-penat buat kena ambil hasilnya...
Pagejuice yang selalu kena ambil berpunca dari widget-widget kamu, script kamu dan bloglist kamu.
Dalam hal bloglist boleh diketepikan jika blogger tu sama-sama letak URL anda. So sama-sama dapat link/ juice bukan dia ajer kamu pun dapat. Win-win situation...
Itu sebab kadang-kadang ada blog external linkdi blog dia beribu-ribu tapi pagerank baik kerana exchange link kedua-dua pihak berlaku. Contoh terbaik ben Ashaari .
g) SEO yang lemah, mahu tak mahu beliau kena ambil tahu sedikit tentang SEO.
Perkara pertama mesti memahami do follow no follow.
No follow kamu kena masukkan dalam semua widget yang terdapat pada blog kamu. seperti gambar kamu, widget apesal.com, shoutbox dan apa-apa jua gadget ler.
Klik ini untuk memahami dan membuat No Follow
Submit entri ke Web Search Engine
Kenapa kena submit ke Yahoo, Google dan Bing. Supaya entri cepat diindex oleh Search engine. Secara ringkas semua entri yang kita buat kita hendak orang senang check bila taip kat enjin pencari. Lalu macam mana nak cari kalau Google, Yahoo atau Bing belum luluskan. So kita kena hantar kepada mereka. Betul tak. Kena buat kerja sikit.. Nak buat kerja ini klik ini.
Manakala untuk Alexa Asam Jeruk 3 juta disebabkan ia baru 3 bulan blogging, dari masa ke semasa ia akan turun bersamaan entri yang dia maintain.Ikut pengiraan saya dalam masa satu bulan Alexa Asam Jeruk akan turun 500,00 setiap bulan. Kena sabar lerrrr
Saya boleh katakan Asam Jeruk blogger tulen, cuma saya risau quality backlink dia kalau lemah, next pagerank oleh Google mungkin dia akan hilang ranking dia.
Cik Asam anda terpaksa buat SEO yang saya cadangkan tu...
Anda adalah orang yang bertuah mendapat pagerank 1 dalam masa 3 bulan...hargai benda ini..
Dan ini juga membuktikan teori saya sekali lagi betul blogwalking dan entri amat penting
dalam blogging.
Sebenarnya itu sahaja aku nak tulis. Tapi melalui pembacaan ini kalau anda nak buat, makan masa lama juga. Tak paham boleh tanya dan kalau sempat aku boleh buatkan contoh-contohnya. Sila komen dan kasi alamat e-mail...Takkan nak taip contoh kat komen lak...hehehehe
Sekarang ini pun aku tengah buat Cabaran Bloglist Pagerank 1. Aku nak bloglist aku ada pagejuice untuk rakan blogger... Nak buktikan pagerank boleh dapat tanpa traffic yanag tinggi. Aku pun tengah belajar tentang pagerank ini...Risau gak kalau pagerank hilang...kekekekkekke
9 Ulasan
Tapi saya boleh tolong berdasarkan pembacaan dan study yang say abuat based on data...
Boleh tanya apa jua..
Nak buat formspring malas ler..tempat tak cukup..kekekek
check dulu saya yang ada tukar bloglist dengan Cik Asam....
External LInk ni bukan pasal bloglist ajer tapi widget2 yang lain...huhuhuuhu.
Kalau buang ..link aku pun hilang..kekekekke