Penjelasan Alexa Secara Santai

Penjelasan Alexa Secara Santai

Mendapat pertanyaan daripada seorang rakan blogger Liyana Zahirah bertanya apa ituAlexa Rank?
Sebenarnya saya telah membuat artikel yang lengkap tentang Alexa Rank dan jika hendak membacanya boleh menjenguk pages "Sitemap" dibawah labelling Alexa.
Walau bagaimana pun saya akan terangkan seberapa mudah yang boleh dalam entri ini.

Sebelum saya berbicara tentang Alexa Rank ini terlebih dahulu setiap blogger haruslah sign in Alexa terlebih dahulu. Dan pendapat saya, setiap blogger baru HARUS daftarkan diri anda di Alexa!!!
Memang leceh hendak daftarkan Alexa ini kerana ia melibatkan HTML code di templates anda.
Ini akan saya buat entri yang lengkap bagaimana hendak daftarkan Alexa Rank anda.

Apa itu Alexa?
Alexa ini kita boleh anggap sebagai satu index yang memberi  markah kedudukan blog anda di mata dunia. Jika didunia terdapat 40 juta blogger dan ranking alexa anda 1,000,000. Maka dari berada di kedudukan 1,000,000 dari 40 juta blogger.
Perjuangannya ialah usaha untuk menurunkan markah Alexa anda sebaik yang mungkin!!! Lagi turun maka lagi baik.
Penting ker? 
a) Penting sebagai penanda aras tahap blog anda.
b) Pengiklan selalu melihat blogger yang Alexa rendah maka kamu akan dapat iklan yang baik..hehhe
c) Sebagai guideline kepada anda sebagai blogger.

Macam Mana Nak Turunkan Alexa?
 Kalau di sekolah kalau nak dapatkan tempat pertama kita kena belajar. Kalau malas belajar maka corot ler markah kau..
Dalam Alexa pula, anda mesti rajin membuat entri. Ini cara yang paling ampuh!!!!Baca entri link ini untuk dapatkan data analisis saya.  Paling-paling satu hari satu entri malah saya pernah membuat entri "Bagaimana Membuat 10Entri Sehari". Lagi banyak entri maka lagi cepat turun Alexa anda.

 Selain itu blogwalking memainkan peranan yang penting. Blogwalking dan exchange bloglist adalah sinonim dengan Alexa kerana dalam Alexa terdapat Alexa Link. Jangan kata bloglist tidak penting. Sebab itu dalam Alexa link saya terdapat 277 link. Ini kerana ramai blogger telah meletakkan URL saya di bloglist mereka. Bloglist bukan hanya sekadar kamu suka dia kamu letak, TIDAK. Kamu mesti exchange suka sama suka. Seperti yang saya buat dalam Hanif Bloglist...
Dalam kontek Alexa, kamu letak URL Hanif maka saya letak anda punya URL cuma dalam kes ini saya senaraikan semua bloglist dalam satu blog lain.

Kesimpulannnya ialah untuk mendapat markah yang  baik dalam Alexa anda mesti rajin buat entri dan blogwalking serta buat tukaran bloglist.

Buat sementara jangan pikirkan tentang Alexa Link, kamu fikirkan tentang Alexa Rank. Buat entri seberapa banyak yang boleh .


Sekarang apa itu Alexa anda dah faham dan bagaimana nak turunkan Alexa pun anda dah faham.
Bukan senang nak jadi blogger sebenarnya, cakap senang...heheheh
Blogwalking ajer dah buang masa 2 atau 3 jam....
Buat post buang masa 1- 2 jam..
Belum campur buat maintenance blog, dan  check SEO.
Total wajib menghadap depan komputer 2 - 4 jam!!!!!!!!!!  setiap hari!!!!!!!!!

Alexa adalah eksperimen saya yang paling berjaya!!! Tiap -tiap bulan saya berjaya turunkan Alexa Rank 100,000 ketika ber eksperimen dengan Alexa. Cuma sekarang ini dah dapat bawah 350,000 susah betul nak turun...
Selamat membaca semua....dan Liyana harapnya anda faham....
Kena baca semua entri tentang Alexa baru anda faham ...

.

Catat Ulasan

11 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hahahaha orang dah beratus dh la
Hanif berkata…
Tapi seperti yang saya beritahu, daftar Alexa dan lambat laun pasti alexa akan turun tapi berapa lama masa diambil.. Mgkn anda dah dapat beratus dalam masa 2 tahun?
Dengan car aini dalam masa 6 bulan jamin kurang 1 juta dalam masa 1 tahun..atau kurang!!
maintain kan trafik, x kira banyak atau sket yang penting trafik tu sekata setiap hari...

itu berdasarkan pengalaman belalang la :)
Miss Purple Ungu berkata…
thanks hanif...
baru tau apa tu alexa ;)
liyanazahirah berkata…
wah, pantas encik hanif menjawab soalan saye..terima kasih byk2..skarang dah faham...nnt cuti skola saye buad sume yg en. hanif ckp tu yee..thanks 4 sharing :)
shahdiana berkata…
okay dah faham pasal apa itu alexa..kena try daftar dulu...
Harun Ar berkata…
Nice Post... Thanks infonya.
Salam sahabat
Mama berkata…
ooo... baru mama faham... nice lah, terima kasih atas perkongsian, mama letak aje ikut-ikut orang.. tapi tak tahu fungsinya.. hihihi..
aeinnamusa berkata…
10 entry sehari ye..banyak tu hihi..kene kerja lebih kuat..tq tn
banyak juga entri tu..huhu