Shoutbox VS Comment Box

Shoutbox VS Comment Box

Sekarang ini aku ada krisis sikit dengan shoutbox aku ler..
Bukan krisis salah faham atau aplikasinya yang tak baik tapi masa untuk menjenguk dan reply dari shout box.

Aku pernah terbaca dahulu, dalam satu satu jangka masa yang tertentu seseorang blogger itu akan mendapati shout box menjadi tidak relevan.
Sebelum itu biar aku terangkan kepentingan shout box ini.

Shout box ini sebenarnya adalah satu aplikasi yang digunakan oleh blogger yang mengejar masa semasa blogwalking dan meninggalkan mesej mereka di shoutbox.
Berbanding meninggalkan komen di sesebuah entri akan memakan masa mereka.
Relevan shout box pada dasarnya adalah sesuai untuk newbies yang baru berkecimpung dalam dunia blog ini. Dan ia merupakan satu perkara yang wajib yang mesti ada pada sesebuah blog itu pada ketika itu.

Melalui shout box sebenarnya kita dapat mempromosikan entri kita dengan meletakkan link entri terbaru kita. Dengan hanya satu klik pembaca akan terus ke entri blog anda.
Selain itu melalui shoutbox kita dengan mudah mencari kawan-kawan baru dengan explore shoutbox rakan-rakan blogger yang lain dengan menklik setiap link di mesej shoutbox.
Itulah kegunaan shoutbox yang sebenarnya iaitu memendekkan masa blogwalking anda.

Tetapi dari segi SEO ia amat tidak sesuai kerana ia meningkatkan bounce rate sesebuah blog itu.
Bounce rate bermaksud sesebuah blog yang dilawati oloeh seseorang blogger ambil masa berapa lama.
Jika kebanyakkan blogger yang blogwalking ke blog anda hanya meninggalkan banyak mesej di shoutbox berbanding kotak komen anda maka bounce rate anda akan meningkat.
Kerana masa yang diperuntukkan di blog anda sekejap sangat...
Jika seseorang blogger itu mengambil masa membaca entri anda dan kemudian komen di blog anda maka bounce rate anda akan menurun. Dan semakin turun bounce rate maka semakin baik dari segi pandangan SEO Pak Google...hehehehehe.

Selain itu ketelusan sebagai blogger adalah dari kotak komen bukannya dari mesej di shoutbox.
Seorang blogger yang sejati pasti akan membaca entri anda dan kemudian memberi komen di kotak komen anda...
Betul tak?
Ini adalah pendapat yang sangat subjektif..hahahahahahaha.

Jika kita lihat kebanyakkan blogger-blogger otai tidak meletakkan shoutbox di blog mereka atas sebab-sebab ini.
Tetapi aku sebenarnya tak kisah sangat tentang bounce rate atau tah apa-apa...janji kau ada singgah kat blog aku. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.
Tetapi sebenarnya aku memang dah lama tak jenguk shoutbox aku disebabkan pertambahan pengomen di kotak komen aku  ini.

Prioriti sudah semestinya pengomen di kotak komen aku dan kemudian baru aku pergi bloglist aku .
Akhir sekali ke shout box. Tapi memang nak pergi ke shout box selalunya gagal!!!

Sebenarnya ini adalah petanda baik kerana ramai komen blog kau...
Apabila pertambahan komen di kotak komen, secara automatik shoutbox menjadi tak releven....

Aku rasa aku nak buang shoutbox aku ler....
Dah tiba masanya untuk membuat sedikit perubahan..
Boleh tak?






Catat Ulasan

15 Ulasan

shahdiana berkata…
boleh...silakan...blog hanif idrus kan blog otai jugak...hehehe.....janji orang komen kan....
Aimacomel berkata…
owh, gitu rupanya.. hehehe baby masih newbie lagi, jadi benda tu masih releven sgt lg ;)
tp kadang2 xsempat gk nak check satu-satu ;)
Azlan Strider berkata…
aku plak jarang tinggalkan msg kat shoutbox..aku lebih suka tinggalkan komen sebab di besifat kekal..unless blog author removekan hehehe..

Selamat Hari Raya Hanif..maaf zahir batin..

Regards,
-Strider-
lagi suka org komen blog kita.. sekurang-kurangnya kita tahu org memang baca entry kita
Misterie87 berkata…
Buang jangan tak buang. Dah lama dah buang. sebab selalunya bukan dorang datang pon. depa guna auto blogwalking. depa guna satu software tuk tinggalkan jejak kat shoutbox or chatbox jer. itulah antara sebab utama den dah tak berkenan nak pakai benda alah tu.

By the way Mr Hanif Idrus. Boleh juling mataku membaca artikel mu. kerna background post berwarna hitam. harap dipertimbangkan untuk menukarnya.
THE AUTHOR berkata…
hahahahhahahah....
Pakai hitam sebab berkabung pagerank masi PR1..
Ok ler aku tukau sekarang ..warna standard blogger ...putih
Unknown berkata…
betul jugak tu.. aku pun kadang2 bukan check sangat pun shoutbox tu..dan perkara paling malas aku nak buat ialah komen shoutbox,hehe.. tapi yang satu benda aku paling sakit hati bila ada orang amik kesempatan letak link churp2 dalam shoutbox tu..
Unknown berkata…
is dah ilangkan shoutbox tu... sian bila xsempat nak pi wat lawatan balas... jadi sempat jenguk blog kengkawan yang tinggaikan komen je.. tu pun dah sangat puas hati (^___^)hehe
MalizaMah berkata…
shoutbox ni kadang2 bagusnya sbb tahu siapa yg kunjung. kadang2 ada yg malas nk tinggalkan komen.. tah lah.. kalau leeza, leeza suka tinggalakn komen berbanding di shoutbox.
THE AUTHOR berkata…
Thanks atas advice ..so tadi saya dah buang Shoutbox...hehehehhee.
Unknown berkata…
lyla pun prefer comment box.. :) dah jarang singgah tngok shoutbox..
Cendol berkata…
Cendol pn lagi suke mengomen di entri drp menulih di shoutbox..kekdg tulih kat shoutbox pn sebab mnyembang dgn blogger lain..lgpn shoutbox kn kdg2 jd anoyyinggg sgt bile org tingglkn link iklan.kdg2 jgk terlupe nk jenguk shoutbox
rAIHan berkata…
setuju..sebab ramai yg komen di shout box berbanding komen box.
Misterie87 berkata…
Hu3..shoutbox/chatbox memang ler aktif jer perbualan kat situ. Tapi kebanyakkannya robot jer. bukan orang betul pun yg tinggalkan mesej kat situ. Dulu pernah guna satu shoutbox buatan indonesia punya. Kita boleh detect orang or auto bw punya sistem. Bila periksa kebanyakkannya guna auto blogwalking. depa curi link shoutbox or chatbox lepas tu depa guna software hantar mesej. Tapi yg sebenarnya depa tak datang ke blog kita pun.

Rugi jer guna shoutbox ni. nak2 lagi kalau ada visitor yang cam hampeh. letak link iklan kat shoutbox tu. dah banyak kali kena.
amranaiman berkata…
selamat hari raya :D ke 7.. betul dh tu.. smnjak shoutbox rosak.. aku kini lebih gemar balas komen org dan dtg blog org yg komen haha :P