iPhone 5 Spesifikasi

iPhone 5 Spesifikasi

hanifidrus
Apple memperkenalkan iPhone 5 yang didatangkan dengan reka bentuk iPhone paling nipis tetapi menampilkan skrin lebih besar bersaiz empat inci.
Model terbaru dalam siri iPhone itu diperkenalkan kepada umum oleh Naib Presiden Kanan Apple, Phil Shiller.
Sekali imbas, iPhone 5 kelihatan sama seperti model sebelum ini, cuma lebih panjang dan nipis. Ia didatangkan dengan paparan 1,136 x 640 piksel, teknologi 4G LTE, chip A6 dan seberat 112 gram.

Antara ciri paling dipertingkatkan ialah kameranya yang kini didatangkan dengan pengimbas 8 megapiksel, resolusi 3,264 x 2,448 piksel dengan teknologi iluminasi di bahagian belakang, penapis IR hibris, lensa lima ciri, bukaan f2.4 selain boleh mengambil gambar panorama. Kamera video iPhone 5 didatangkan dengan kualiti HD 1080p.


Berbanding model terdahulu iaitu iPhone 4S, iPhone 5 lebih nipis sebanyak 18 peratus dan 20 peratus lebih ringan
Untuk lihat spec penuh  klik sini
Sebelum merancang nak beli baca artikel berkaitan : Smartphone Menyusahkan



Catat Ulasan

13 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kamera mantap tu bro....model nipis sangat nanti patah plak...hehehe...
MISS Z BERCELOTEH berkata…
tak termampu nak membelinya..huhuhuh
Aimacomel berkata…
alamak, cantik la plk ipong5 ni =)
tp stil xminat
munir ardi berkata…
lebih nipis , lebih ringan dan ketahanan baterai yang lebih lama ahai nampak perfect dibanding generasi sebelumnya
Unknown berkata…
Walaupon iphone 5 ni nipis, tapi sayangnya, nak beli kena guna duit yang tebal
MalizaMah berkata…
masyuk lahhhh...... ho ho ho
Unknown berkata…
nampak cam best sangat !!! camera dia yg 2 MP tu pun dah cantik.... inikan pulak kalau dah 8.....hai... kena kira budget nie!!!
vendoline berkata…
perghhh nak bli ke..hehe classmate pon sibuk duk usha
Cikrosecute berkata…
memang cantik giler...harga pun mahal giler..
Unknown berkata…
tpkse lupakan hasrat pki ifon sbb bru je beli s3..haish
FaizalRSD berkata…
MAHAL dan tak best.nipis sangat pun apa guna,nanti still kena sarung protector.Lumia 920 lagi bagus.
Unknown berkata…
tak berapa nak mampu lg gn enset canggih ni...lg lepas baca entri psl smarphone bro tu, lg rs tak nk beli
dya nasir berkata…
xmampu lgi nk beli i-phone 5..hihi..tpi mengidam nk pakai hp tu..