Perawatan Pesakit Kencing Manis Yang Luka

Perawatan Pesakit Kencing Manis Yang Luka

 Salam satu blogger pada semua.
Hari ini nak berkongsi pengalaman mengubati pesakit kencing manis yang luka.
Pada masa kini kencing manis merupakan salah satu penyakit utama di negara kita ini. Dan kebanyakkan pesakit kencing manis ini kalau luka pasti sukar hendak pulih lukanya dan apatah lagi jika nilai kencing manisnya tinggi.

Dan aku pernah analisis pesakit perawatan kencing manis yang tinggi iaitu 26 nilainya dan pada masa yang sama luka di kaki.
Simptom kebiasaan pesakit kencing manis biasanya akan ujud kudis-kudis kecil berwarna hitam dikaki mereka.
Jika kencing manis terlalu tinggi kudis-kudis ini yang sebesar duit 5 sen ini boleh menjadi luka dan membesar.
Inilah yang berlaku pada ibu mertuaku!!

Punca kencing manis ibu mentua aku ( isskkk panggil mak mentua lagi ngam ..kalau ibu mertua macam cerita P. Ramlee lak...hehehehehe). ialah kegemarannya makan buah-buahan manis seperti ciku, durian, mata kucing. Tahu-tahu ajer ler duduk kat kampung semua buah-buahan ini sentiasa ada.
Disebabkan asik makan makanan ini, so badan mak mentua aku tak selesa so MM aku pun check kat klinik dan pada masa yang sama kudia tu dah luka, pehhhh...kencing manis MM aku 26...
Dan di tambah lagi kudis kat MM aku melarat dan hingga menjadi besar kemerah-merahan.

So tindakan pertama MM aku ialah seperti biasa makan ubat kencing serta membeli produk tradisional MLM yang tak perlu aku sebutkan. Selepas 2 minggu tak berkesan dan lagi teruk lukanya.

So tindakan pertama yang kami lakukan ialah hentikan semua pemakanan ubat-ubatan yang dimakan oleh MM saya. Tetapi ubat kencing manis diteruskan seperti biasa.
Kedua kami kena membuat monitoring penurunan dan kenaikan kadar kencing manis MM aku.
Untuk memastikan luka itu cepat sembuh, pertama kita pastikan kadar kencing manis turun. AKu punya pronsip senang ajer. Kencing manis turun maka luka kau pun baik ler...Itu hipotesis aku.

Beli Alat Ukur Kencing Manis
hanifidrus
Harga yang dibeli dalam RM120. Ianya sebuah alat automatik yang mengukur nilai kencing manis.
Mula-mula test waktu malam ianya memberi kiraan 21.Waktu pagi pula ia memberi kiraan 16.
Wajib beli..sebab kalau nak tahu ubat yang kita makan tu beri kesan atau tidak!!


Beli Ubat Moden ( Vitamin)
hanifidrus
Ubat yang kami pilih ialah sebenarnya vitamin. Berfungsi untuk menukat gula kepada tenaga. Biasanya kencing manis lemah kalau tak dapat gula. So dengan ubat ini ia memberi tenaga kepada ibu mertua aku.
Cara pemakanannya ialah mula-mula ubat kencing manis kena makan seperti biasa, selepas satu jam baru makan ubat ini.
Tengahari sekali dan malam lagi sekali. ( 2 biji sehari)
Nama ubat: Safwa Health ( GLUCO-X)--beli yang baik punya Made In New Zealand.

Perawatan Kencing Manis

 MM aku punya luka kalau kau tengok memang ngeri ler. Lukanya dalam bentuk bulatan, isinya berwarna keputihan-putihan dan berlekuk. Lepas tu ada kopeng-kopeng kulit yang mati.
Jangan panik kalau anda lihat daging kulit tu macam berlekuk atau berlubang,,that normal...hahahahhaha.

Pertama apa harus kita buat:
a) Ambil tisu yang lembut.
b) Tekan disekeliling kawasan luka tersebut. Tujuan untuk mengeluarkan nanah disekeliling luka tersebut.
Nanah ini harus ditekan dan sedikit sakit kepada yang kena tekan ler..hehehehehe. Buat tanpa perasaan..hahahahaha.
Jika nanah ini tidak  dikeluarkan itulah punca luka tu melarat..
c) Lepas tekan taburkan serbuk putih ( beli kat kedai sensei minta ubat luka ( ia berbentuk serbuk putih, orang dulu-dulu selalu pakai )
Ini ubat adalah yang terbaik, kerana melalui perbualan aku dengan salah seorang farmasian, ia kata luka penyakit kencing manis terdapat ulat.
So dengan menggunakan serbuk putih ini akan membunuh ulat-ulat tersebut. Tak payah beli krim antibiotik..aku dah pakai tak jalan...!!
d) Kesokannya kalau nak mandi, cuci dengan dettol.Siram-siramkan ajer...ikut syarat..hehehehhee. Keringkan..
e) Selepas itu kalau kau rasa nanah itu masih ada, ikut teknik (b). Kalau tak banyak buatlah 3 hari sekali. Terpulang pada situasi...
f) Taburkan serbuk putih tersebut....
Lain-lain: Kalau ada keberanian kopek kopeng-kopeng kulit mati tu menggunakan gunting kecil, sebab kat kawasan tu ler biasanya nanah berkumpul..


Melalui sistem monitoring yang aku buat. Mengambil nilai kencing manis MM aku sehari  2 kali.
Dalam masa 2 minggu kencing manis beliau turun dengan banyak. Hanya makan ubat kencing manis dan vitamin tersebut.
Banyakkan minum air suam dan kawal makan benda manis.
Tapi aku tambah lagi, aku beli beras perang untuk MM aku sekali.

Luka pula menunjukkan kesan yang baik dari masa ke semasa. Kawasan hitam disekeliling luka tersebut sudah mula kemerah-merahan.
Luka kat daging tu pun tak berwarna putih tetapi sudah mula merah.
Kopeng-kopeng kulit mati mula tertanggal..
Selepas 3 minggu daging-daging baru mula terbentuk dan kawasan luka mula mengecil.

Syukur alhamdulilah atas berkatNya...MM aku semakin pulih.
Ramai kata hantau kat hospital, memang benar.
Tapi penjagaan di hospital tak macam kita jaga, kita kalau nak tekan pun hati-hati. Orang putih kata take time....hehehehehe
Lagi satu kalau kau hantau kat hospital sure kena dressing luka tu dengan potong daging kau yang berwarna hitam tu...hissskkk..

Aku nak berkongsi ilmu penjagaan dan rawatan kencing manis yang berjaya aku lakukan
Ini pun melalui pertanyaan dan rekemen dari farmasi dan doktor-doktor...

Kos pun tak begitu banyak:
Wajib beli:
Monitoring kit: RM150
Safa Vitamin : RM80 sekotak X 2 kotak
Serbuk Putih: RM10
Ubat Kencing Manis: Ambil kat klinik...
Beras Perang: RM 28
Yang penting kesabaran jaga orang tua ini..kekekekeke








Catat Ulasan

41 Ulasan

MalizaMah berkata…
good sharing. singgah lagi.
boni kacak berkata…
thanks untuk info ni ye bro.. tapi tang nak tekan bagi nanah keluar tu, adeh,, agak ngeri pulak
Aimacomel berkata…
yelah, kencing manis ni buka leh main2.. kena jaga pemakanan dari awal. thanks untuk info yg baik ni abg hanif.. semoga mak mertua sihat2 & pulih seperti sediakala
Unknown berkata…
info yang baik ni...
Unknown berkata…
info yang baik ni...
Mohamad Fathi berkata…
Ohh.. cam tu.. good info.. ^_^
Abu Bagi berkata…
baru je siang tadi cerita pasal ni.. sbb ayah mmber aku kat opis pun kena jugak..

penyakit ni mmg berbahaya serius..

jap nak PM dia share this link..
Cikgu Ma berkata…
dulu ada sorang pesakit kencing manis (dah meninggal) pesan kat saya jangan minum air gas..tengok macam pak long, dh kena kencing manisnya - katanya...

sejak tu, memang seram nak minum...memang realitinya saya kurang gemar minuman bikarbonat...

*thanx masukkan my blog dlm bloglist..
Unknown berkata…
panduan utk semua... thanks bro!!!!
shahdiana berkata…
wah bagus betoi info ni..mak akak baru je kena kencing manis boleh beli vitamin tu kat dia...boleh ambik dengan ubat hospital sekali ek...
Unknown berkata…
thank utk info..abh sy ade kncing manis...tu yg lg kne amik tau psl nih
Firdausy CiLiKku berkata…
info yg bagus..
Yang paling penting perlu minum air 2-3 liter sehari. Dan kurangkan gula dlm minuman or mknan


Unknown berkata…
terima kasih atas info ni..bagus sangat..
Unknown berkata…
mdtcentre.blogspot.com
saya terbaca hari tu..menggunakan larva lalat untuk merawat luka kencing manis..lagi cepat dari selalu cuci kerana larva nie hanya makan sel mati saja..jadi sel hidup dapat sembuh dgn cepat..dah diakui oleh KKM.
0124404353 for more info..
seribupilihan berkata…
nice sharing..panduan utk semua..pd mereka yg nak cuba buat kat rumah pastikan anda bertanya dan rekemen dulu kat ahli farmasi dan doktor..semoga tak berlaku kesilapan semasa membuat treament nie...
Unknown berkata…
Assalamualaikum
Saya cadangkan guna Surebest Pro Right RM108 ada 9 sachet. Banyak testimoni di seluruh Malaysia dah manfaatkannya esp pesakit kencing manis.
Anggota yg dah hitam dan bernanah pun boleh pulih. Insha Allah.
Syamsul - 0196666404
Lawat www.facebook.com/surebestselangor http://www.surebest2u.net/bm/testimoni.html
Unknown berkata…
sila ke blog dr nurul yusof untuk keterangan berkenaan kencing manis

http://drnurulyusof.blogspot.com/

Thanks
Tanpa Nama berkata…
tahniah....memang beras perang adalah sesuatu yg bagus utk kencing manis..
Tanpa Nama berkata…
salam,

boleh dptksn emel tuan utk sy berhubung lebih lanjut mnegenai serbuk putih berkenaan?

Terima kasih
-Idzuan-
mama3heroo berkata…
tq sharing..done follow~
THE AUTHOR berkata…
Salam..
Ubat serbuk putih tu kalau kedai sensei ksta MB..
Latifahzainal berkata…
glucometer dah beli..cuma vitamin tu jek baru taw.leyla nnti servey dkat farmasi.tq..
Mrszahrinekin berkata…
Abg hanif thanks for info.MIL saya gulanya 28.suddenly ibu jari telangar apa tah.mengelembung air.tak kering2.slps 2 minggu kaki dah bengkak 3x asal.my MIL sepatutnya ambik insulin.tapi dia seorg yg degil.dah tkr beras semua still tak berpantang.minum manis saja.beras tu tak nak mkn.now ulang alik hspital hukm,dressing kot.sya pun tak gi tgk.sbb kena jaga mil punya mil yg dah 80thn.so skg tak tahu apa cerita.dah ok ke belum tak tahu.tapi good info.boleh saya share pada SIL.kemarin baru share pada dia,cincau..thnks so much..
royale jussulin berkata…
Assalamualaikum..
kencing manis tidak boleh sembuh, tapi boleh di kawal. begini caranya….
“POTONG GULA JANGAN POTONG KAKI”tolong LIKE page ni.
FB: https://www.facebook.com/jus.sulin.9?fref=ts
Blog: http://jussulin.blogspot.com/
Email: royalejussulin@gmail.com
Terima kasih
royale jussulin berkata…
Assalamualaikum..
kencing manis tidak boleh sembuh, tapi boleh di kawal. begini caranya….
“POTONG GULA JANGAN POTONG KAKI”tolong LIKE page ni.
FB: https://www.facebook.com/jus.sulin.9?fref=ts
Blog: http://jussulin.blogspot.com/
Email: royalejussulin@gmail.com
Terima kasih
BUNDA berkata…
mencegah itu lebih baik daripada merawati...bila dah kene, rajin2lah berpantang dan ikuti nasihat doktor...
Unknown berkata…
Vivix pun boleh jugak kawal diabetes.. :)
http://naturally-vitamin.blogspot.com/2013/11/manfaat-dan-testimoni-vivix-untuk.html
Unknown berkata…
Vivix pun boleh jugak kawal diabetes.. :)
http://naturally-vitamin.blogspot.com/2013/11/manfaat-dan-testimoni-vivix-untuk.html
Unknown berkata…
Vivix pun bole jugak kawal diabetes.. :)
http://naturally-vitamin.blogspot.com/2013/11/manfaat-dan-testimoni-vivix-untuk.html
Maha berkata…
TQ atas info ny.. my husban pun ada diabetes jg 26.. slama 5thn ni mkn ubat dr pd hospital je , bacaan gula 22.. mgkn dgn petua en.hanif kadar gula blh trun.amin...insyaallah...tq
Maha berkata…
TQ atas info ny.. my husban pun ada diabetes jg 26.. slama 5thn ni mkn ubat dr pd hospital je , bacaan gula 22.. mgkn dgn petua en.hanif kadar gula blh trun.amin...insyaallah...tq
perubatankhalifah berkata…
assalam...
saya jururawat pelatih...yup, selama saya merawat pesakit yang ada kencing manis di hospital, saya dapati rawatan barat ini tidak menyembuhkan langsung, hanya untuk mengawal diabetes sahaja.
fikir2kanlah, insulin diberi setiap hari setiap kali sebelum makan, akibatnya badan kita takkan hasilkan insulin semulajadi lagi dah..inilah tujuan mereka, supaya kita tetap dengan ubat barat.
insulin ini dihasilkan oleh pankreas dalam badan kita. mengapa jika sakit jantung, mereka boleh pulihkan semula jantung kita, tetapi jika diabetes, mereka cuma mengawalnya sahaja??? sebabnya ialah, jika pesakit jantung mati, maka terputuslah pendapatan mereka.
sepanjang saya jadi jururawat, saya dah lihat ramai pesakit saya yang sembuh dengan rawatan islam dan tradisional. ada ubatnya, cuma kita ni terlalu percaya pada hospital dan ubat-ubatan mereka. dari segi penjagaan, saya akui jururawat kita adalah terbaik (bukan berniat puji diri sendiri).
untuk maklumat lanjut tentang kaedah perubatan tersebut, sila layari : rawatankanser2013.blogspot.com
setya berkata…
Tips yang sangat bermanfaat, terimakasih sudah sudi berbagi.
maa_13 berkata…
Boleh juga guna akar tuba. Ambil akar tuba lebih kuran panjanjang sekaki. Ketuk hingga pecah. Rebus. Bila suam, rendamkan kaki. Ia sesuai untuk luka terbuka.
Ramlah berkata…
terima kasih tuan atas info ni ubat kencing manis
Tanpa Nama berkata…
Nk tanya, apa nma sebenar ubat serbuk putih tu.. takut kalau bli nanti tesalah plak..
Tanpa Nama berkata…
sekadar berkongsi.. ayah saya pesakit diabetis.. luka memang perlu dielakkan.. kalau dah luka even sikit pun boleh merebak jd bsr dlm ms yg singkat..tmbhn tips dr saya (ayah dah 3x luka besar) cari ubat ni "dermacyn" ceacir bertindak sbg cleanser.. sgt baik utk luka diabetis
anak bapa berkata…
"dermacyn" ubat cecair terbaik utk rawat luka diabetis
Unknown berkata…
ubat serbuk putih tu..klu kite g beli kat kedai cina nk ckp ape...nk buat rawatan untuk mak sy...please
Tanpa Nama berkata…
sila layari laman web www.zcm-bodyshield.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penyelesaian penjagaan luka kronik.
Che Wan Ruzil berkata…
salam,

Saya dah lama cuba cari ubat MB ni. Seingat saya ubat tu dalam bentuk tablet dan mesti dihancurkan jadi serbuk sbelum ditabur atas luka. Luka bersunat saya dulu kering dgn ubat MB ni la. Tapi masih ada jual ke ubat ni?