Hanif Idrus Review Ayesha Ramlee Blog

Hanif Idrus Review Ayesha Ramlee Blog

Dapat copy header ajer..hehehehe
 Salam satu blogger, meneruskan review blog seterusnya. Seperti saya katakan saya hanya akan review blog yang tiada PR sahaja. Kalau PR1 saya tak nak review ler sebab sama saya anggap dah sangat-sangat OK.
Tujuan segmen ini adalah membantu blogger baru dan bersama-sama kita berkongsi ilmu agar kita sama-sama ke hadapan.

Kali ini nak review Ayesha Ramlee( AR) blogger. Saya memang cukup suka dengan design blog ini. Amat kemas dan tersusun. Header pun lawa! Ini alamat URL beliau iaitu http://chikimaruko.blogspot.com/.

Sepatutnya blog ini tidak menghadapi masalah untuk memperolehi PR1 pada dasarnya kerana pagerank flow agak baik. Kenapa yek? Jom kita bongkar satu-persatu..

Pertamanya apa yang saya dapat lihat external link terlalu banyak dalam page utama. Penyumbang utama ialah bloglist yang terlalu banyak. Terdapat 85 external link. Mak aii!! banyaknya.
Risiko yang agak besar jika meletakkan terlalu banyak bloglist dalam blog utama anda.
a) Anda akan kehilangan pagejuice dalam blog anda
b) Ruang dalam blog anda akan berkurangan.
Caranya pindahkan bloglist anda ke blog lain, so anda boleh simpan seberapa banyak bloglist dan memudahkan blogwalking.

AR telah kehilangan H1 dan H2 tag. Heading adalah salah satu pencari enjin jenguk dulu semasa nak index post anda. Biasanya dalam blogspot heading tag ini secara auto.
Tapi saya tahu kenapa anda punya hilang. Sama kes macam aku. Ini disebabkan header tu ada something wrong kot. Aku punya hilang kerana aku usik HTML templates dan tak tahu macam mana nak repair. sampai sekarang tajuk blog kena pakai layout blogspot. Letak gambar ia kecik..hehehehehe.
Nak atasi buang header, sure H1 dan H2 OK punya.
Dan kalau sayang nak buang di post blogspot semasa nak menaip ada satu kolum. Biasanya ia tunjukkan normal, cuba klik ada heading.

Selain itu AR belum lagi membuat meta tag pada blog beliau.
Meta tag adalah label yang memberitahu tentang pencari enjin maklumat  tentang blog anda. dan apa kisah tentang blog anda. Memasukkan Meta Tag  merupakan satu faktor utama dalam SEO ( Search Engine Optimisation) Meta  Tag membenarkan pencari enjin untuk indeks blog anda dengan lebih tepat.
Erti kata lain Meta Tag berkomunikasi dengan pencari enjin dan  memberitahu maklumat tentang blog dengan indeks yang betul dan tepat.
Sekarang ni nak buat meta tag senang ajer, pergi ke sini dan isi ruang dan kemudian ikut arahan
Meta Tag Auto Generator.


Lain-lain saya tak jumpa masalah, kalau sekadar iklan meniaga tu normal kot. Blog ini memang layak mendapat PR1. Saya rasa kalau AR kalau alihkan bloglist pun dah memadai...untuk dapatkan PR1...sure..sure..


Yang BESTNYA blog ini, entri-entri terhebat beliau diletak di pages. Ia terdapat pages Tutorial dan Wordless yang AR rasakan penting untuk dikongsi bersama. Selain itu terdapat archive untuk melihat post terdahulu.

Ini adalah contoh terbaik memaksimumkan pages yang diberi oleh blogspot. Anda semua digalakkan mencubanya...hihihiih.

Jika AR pindahkan bloglist beliau, pasti terdapat ruangan kosong boleh diisikan ruangan untuk Popular Post atau meletakkan entri di pages Order anda ke bahagian side bar. Senang orang nampak produk yang nak order nanti..hehehehe.Ada lima entri produk, sesuai letak entri tu kat side bar...
Macam gambar Losyen Kamar Sutera tu..hehehehehe.

AR blog adalah blog separa peribadi dan blogshop. Jika loading time berat sikit, normallah sebab anda combine blogshop dan blog peribadi.

Siap....saya rasa kali ini AR takkan marah sangat kot. Tak der unsur-unsur menyakitkan hati seperti dua blog yang lain saya review tu..hahahhahaha

Jom lihat Peserta Pertama dan Kedua review.




Catat Ulasan

8 Ulasan

Cikgu Ma berkata…
wah..baguslah ada komen kritik ni...sekurang2 nya kita tau apa yg lebih apa yg kurang psl blog kan...harap blogger tu terima dengan baik...blog saya pun tah macam mana la...bukan tau sangat bnda2 gini
Cikgu Ma berkata…
harap blogger tu dapat terima dengan baik...sekurang2 tau apa kelemahan dan kekuatan blog..saya pun tak sangat bnda2 gini..tah apa2 je buat blog ^_^
haryati berkata…
bagus jugak, nnti yati singgah kt blog diaorg tu ye...
Unknown berkata…
erm kali ni ilmu tentang meta tag pula..
suka2.. :)
Unknown berkata…
saya pun selalu singgah blog ayesha ramli ni.=)
Unknown berkata…
betul kata bro.....
byk yg remy belajar dari segala info kat sini......
Unknown berkata…
saya kenal ayesharamlee tu... dia yang buat blog sy :) sy pun suka msuk sane, rajin dia tukar2 design..
Tanpa Nama berkata…
senyum lebah2 kat sini... :)

terima kasih yang tak terhingga dari saya, saya tak marahpun.. rasa nak blajar lagi dari abg..

Meta tu sy da buat, tutorial dari abg hari 2. pasal bloglish pulak, boleh tak kalau buat mcm abg.. bukan ape, yg tersenarai tu semua yang sy kenal.

terima kasih sekali lagi :)