Tiruan Samsung Galaxy Note 2

Tiruan Samsung Galaxy Note 2

hanifidrus
Salam satu blogger. Perkara yang aku takuti telah berlaku... Serius ayat....hihihihi.

Sebenarnya dah lama aku dengar tentang tiruan Samsung Galaxy Note 2(SGN2) ini. Aku pun secara peribadi pernah pegang SGN2 dan sukar nak bezakan walau pun aku guna Note 1.

Harga SHN2 tu dia tulis RM1400 tapi boleh kurang jadi RM1100. Note 1 aku pun RM1800.!!!
Apatah lagi kalau yang tak pernah guna smartphone pasti tertipu. Dulu orang panggil underwater....kalau handphone macam ni ler..

Sekarang ni sejak China dah global ni..menjadi-jadi tiruan ni. Aku secara peribadi pernah guna handphone China ni.

Malah pernah study dan buat tutorial crack setting untuk pengguna Maxis dan DiGi untuk surf website internet untuk pengguna telefon China ni.

Semalam kat taman mak mentua aku ada Karnival Telefon Bimbit...aku pergi ler tengok. Menjadi-jadi penjualan secara terbuka semuanya tiruan.huhuhuhu.

Sebelum ini pun memang ujud telefon tiruan ini tapi tak der tiru sebijik macam Note 2 tu.
Tapi kita boleh kenal kalau tiruan terutama kalau ambil gambar. Gambar yang kita ambil tak sharp langsung. Itulah kelemahan utama telefon China ini dari dulu...hihihi.

Dan kalau kau beli tak boleh daftar dengan Samsung kies...memang sah telefon tu tipu.
Berhati-hati yek...

Buang duit beribu tapi kepuasan zero.
Baik beli Galaxy S3 kalau tiruan harga berbu-ribu.
Lainlah kalau SGN2  tu dia orang jual bawah RM300 mungkin aku beli kot..hihihihi.
Beli untuk suka-suka.....

Catat Ulasan

38 Ulasan

Unknown berkata…
ooo itu harga SEt AP... barang lari dari cukai... dan jaminan hanya kedai itu sahaja...

sekarang susah nak cakap...kadang2 kedai samsung sendiri pun ada barang AP
NJihe.am berkata…
teringin nak beli smartphone, pernah juga dengar kes Tipah tertipu ni. done follow, studioous.blogspot.com/
Unknown berkata…
nk beli phone pun kena ada ilmu sket2 kan hahaha!!peringatan yg sgt berguna.
Tanpa Nama berkata…
wah...bahaya macam tu...leh tertipu ni...tipah tertipu bang..hehehehe!!
THE AUTHOR berkata…
Ohhhhh..lari dari AP pun ada yek..
||aLeaSaRa|| berkata…
alah nnt bg tips utk kenal pasti N2 yg nak beli tu ciri2 ori mcm mana..underwater mcm mn ye.tgh dok kmpl duit ni nk beli N2 tp risau nk beli kt samsung kiosk ke,beli kat Mines 2 ke(pst gadjet mcm LYP)adeihhh!syg kot kalau tbeli yg x ori.
MalizaMah berkata…
tima kasih. mmg kena beware.. isyh isyh..
Unknown berkata…
jangan sekali2 tertipu, saya pernah kena
Tanpa Nama berkata…
kene survey tul2.
MyFreeMinded berkata…
Dasat kan, semua barang depa ni klon, kalau tak reti memang jadi mangsa lah. :)
Bin Muhammad berkata…
Kalau dah merata2 jual yg tiruan, kat mane lai boleh beli yg confirm ori. Teman ni dah le xreti nak bezakan. Menyesal xsudah kalau dah terbeli!
Nadia Johari berkata…
klo nk beli kne ade temn yang pkar bab gadjet ni..haha
Mummy MM berkata…
Nice sharing tapi rasanya belum mampu g nak beli.. Huhu..
amirofie berkata…
Tips untuk beli smartphone original dari pengeluar. Pastikan IMEI (International Mobile Equipment Identity) number pada kotak dan phone adalah sama. Macam mana nak check IMEI number ni, anda boleh layari laman web berikut..

http://m.wikihow.com/Find-the-IMEI-Number-on-a-Mobile-Phone
wantie berkata…
ya sokong sangat. kalau rega RM300 beli kot. padan la kan kualiti hampeh rega murah dah le.

beli bagi anak pakai.
Unknown berkata…
betul2.... aritu remy tgk kat masjid india byk sangat gerai yg jual samsung tepi jln...rege boleh tahn jugak mahaknya...
M'Rie R'Nie berkata…
SGNII mano ado yang murah sampai 1.4k. Paling murah yang ORi punya pun wa pernah jumpa ado la dalam 1.9k jer. below dari tu memang CLONE La tu. Macam yang remy cakap tu. Hari tu ado gak jumpa SG punya produk kat gerai cam UpTown tu kat jalan Masjid India...sah2 tu mesti tiruan punya.

Terbeli AP set ok lagi. Sebab AP Set ni sama jer taraf dengan ORI. Cuma bezanya dari segi warranty dan pilihan warna jer.

Kalau nak tau ORI or CLONE. Tgk kat tempat letak bateri and sim kad. Dari situpun kita dah boleh tau ori or tak. Biasanya CLONE ni tak dak sticker SIRIM and tak dak detail yang lengkap pun kat ruangan letak bateri and sim kad tu.

Kalau guna IMEI number hp dengan kat kotak tu. kalau lain biasanya AP set. rasanya cara tu pun susah kot nak tau hp tu AP, ORI, or CLONE.

Tapi tips paling mudah adalah lihat pada harga. Kalau harga tak munasabah. Maknanya hp tu clone la tu. Biasanya cam SGN2, SGS3 ni murah 2nd jer. Baru jarang dapat rege murah.

SGS3 paling murahpun 1.6k - 1.7k tapi tu AP set ar. Ori paing murah 1.8k - 1.9k.

Tapi pada saya normallah tu. hp canggih2 cam tu kalau yang ori mana ada murah. Tapi biasalah tu, orang kita ni pantang nampak jualan murah. ORI or tiruan belakang citer.

and ada juga segelintir orang kita tak kisah pun kalau beli hp tiruan. tapi kemudian hari jangan bisinglah kalau hp tiruan tu meletop kat telinga or dalam poket seluar. sebabnya bila tiba time tu memang kita nak tunut pampasan/ganti rugi dari distrubutor dia pun memang takkan dilayan. sebabnya bukan salah depa. sape suruh beli barang tiruan. sedangkan kalau kita bersabar. hp canggih macam tu mampu berada dalam genggaman jika kita bijak menguruskan kewangan kita.
Mrs Velentine berkata…
nah jadi hati2 bila beli SGN2
Mrs Velentine berkata…
nah jadi hati2 bila beli SGN2
OKje berkata…
betul tu kalau beli tiruan harga ribu ribu rasa rugi pulak!...kalau 2-3 ratus barulah berbaloi
Unknown berkata…
baru berangan nak beli note huhu.. takutlah plak, cne kt nak tau tipu or x ? ada tips tak ? atau bro hanif ade x suggestion smartphone yg best2, under bajet 1000 je hihi :D
Abu Bagi berkata…
sbab tu beli kat kedai samsung..jgn beli kat mana mana tah..barangan cina skrng mmng payah nak bezakan dgn yg ori..
seribupilihan berkata…
klu tak nak kena tiruan kena beli kat kedai yg sah..baru boleh dpt betul2 original..kadang2 tiruan pon nak sama mahal dgn original..melampau betul...
Ina ZaLinA berkata…
betoi,, cik ina pernah beli iphone china, hanya 3 hari je guna.bg kat anak sedara guna terus.. sebln guna dah crack cermin.. gambar plak langsung tak puas hati... huhuh
Unknown berkata…
kalau jenis bajet rendah..masih ade note 2 tiruan tapi speks hebat..tapi china kan..paham2 jela..huhu..
Tanpa Nama berkata…
aku ada dgr gak psl ni tempoh hari sblm aku buat keputusan beli samsung s8750 mirip S1 or S2,rm175 (internal free memory dia 0.93mb, tak sampai 1mb. mslh nye kalo surf internet, kejap je memory cache full n tpksa restart. dan interfacenye terlalu menyedihkan. dan samsung galaxy note 2 clone ni rm265 (internal free memory dia 13mb)kalo calling,pihak yg 1 tu akan dgr bunyi gelombang dan tidak jelas. pakai ni menang gaya je la..
Tanpa Nama berkata…
senang jer nak tengok klon atau tak.tengok pen dia.pen ori ada buton.pen klon tak ada buton.pen ori kalau tekan buton leh screen capture.pen klon cuma untuk touch jer.ujung pen klone tu salut ngan silikon.tapi klon punya pun kualiti dah bagus.gambar pun dah cantik.chipset pun dah pakai quardcore.harga dalam rm500 dah leh dapat dah klon punya.tapi kena check la sebab yang klon ni ada gak yang guna java.kalau terkena yang java memang buang je la phone tu.tapi beli la yang android gak.sekang dah guna jelly bean.dload software dari playstore pun boleh.senang citer beli klon dengan harga rm500-600 memang berbaloi ngan harga.90percent dah macam ori.lagi best coz bateri ngan cover ori pun leh pakai kat klon punya ni
Tanpa Nama berkata…
Nak tau pasal 0ri ke x hp sgale bapak hp ni senang jelah. 1st cek imei dan lihat angke ke 7 n ke 8. Klu 02 n 03 n 04 sangat terbaik dr kilang asal. Lau no 20 n 80 sah sah dr china l0r. Lau 01 dari finland l0r. Nak tau ag sms wua ke n0 0127496089 k
wjeffone berkata…
Saya ada beli kat pengedar sah di tesco SGN2..HARGA masa tu saya beli 2299..so..tgk kat bawah bateri ada tertulis made in korea by samsung..was2 jgk..tp saya tanya kat salesman dia ckp ori..klau bukan ori boleh tukar.so saya pun beli jgK..skrg dah sebulan pakai semua function dan waranty dari samsung pun ada..Apa pendapat semua...
wjeffone berkata…
Kalau 05 dari mana pulok..
wjeffone berkata…
Saya ada beli kat pengedar sah di tesco SGN2..HARGA masa tu saya beli 2299..so..tgk kat bawah bateri ada tertulis made in korea by samsung..was2 jgk..tp saya tanya kat salesman dia ckp ori..klau bukan ori boleh tukar.so saya pun beli jgK..skrg dah sebulan pakai semua function dan waranty dari samsung pun ada..Apa pendapat semua...
Athirah Farah berkata…
law cam ni.. kena ajak orang yang berpengetahuan sikit la kan.. BAHAYA nya..! xnak yang tiruan...
salamukhwah berkata…
Sy dah 3 bln guna telefon clone ni....ok jer,cuma kualiti kamera kurang sikit dri ori....tidak sharp...td ada jg gbr cantik bila ambik pki telefon clone ni....harga telefon clone murah n mampu milik bg xmampu nk beli y ori....leh tgk kt blog sy ttg spec telefon clone ni...salam-ukhwah.blogspot.com
Mrszahrinekin berkata…
yang china boleh didapati dengan harga Rm200 jerk pun,tapi jual mahal amat...tapi gred 3aaa boleh dapat dengan harga RM1K..ada jellybean lagi..95% ORI..cuma yang tak boleh pakai hanya pen dan conteng2 tu..lain semua ok..nak weechat,nak whatups..semua boleh.warranty sethn,,kalo rosak dlm masa sethn tu...di jamin dapat hp baru lagi....tapi saya tak guna samsung pun,,,saya adalah peminat blackberry..kalo sapa2 nk beli hp samsung note 2 ni..bagi taw lah..ada kenal org..gamabr semua cantiik..
Tanpa Nama berkata…
Senang je.

Nak ori, pergi ke kedai samsung (distributor) sebenar yang macam kat shopping complex besar - besar.

Set samsung ori, semua berdaftar dengan SME. Boleh register online.

Kalau harga murah semacam, tu clone. Senang cerita. Clone ni ok sebenarnya. Cuma warranty kurang, specification kurang.

Nak dipendekkan kesimpulan, ada duit, beli lah yang original. Takde duit duduk diam - diam. Tapi kalau nak rasa macam guna handphone ori, tapi budget ciput, gunalah clone.

Abis citer.

Tepuk dada, tanya poket. :-P
Unknown berkata…
sekarang ni berlambakkk henpon tiruan. rupa mcm exactly the same,tp isinye??? takkan pernah dpt tiru >.<

http://bloggadisbrutal.blogspot.com/
Tanpa Nama berkata…
takutnya. macam mana nak tahu henfon tu ori ke tidak? apa kelemahan telefon klon ni?
MRie RNie berkata…
Hehehe..ni nak share la serba sedikit tips jika nak beli SGNII

1. iMei pada phone mesti sama dengan kotak.Kalau lain tu maybe AP SET or CLONE la.

2. Warna phone mesti sama dengan yg kat kotak. Kalau phone Titanium Grey..kat kotak pun warna mesti titanium grey.

3. stylus pen dia macam bentuk pensel depannya.

4. dekat kotak mesti ada sticker diedarkan oleh SAMSUNG MALAYSIA ELECTRONIC (SME). Sebab kat Malaysia mana ada kilang samsung da. tu org kata la. phone samsung ni Made in Korea. so tak perlu risau kalau Made By Samsung Korea.

5. Semasa ON kan phone tu biasanya yg akan keluar adalah SAMSUNG GALAXY NOTE II GT-N7100. Kalau lain yg muncul tu. KLON ler jawabnya.

6. mesti ada word samsung kat depan (skrin) bawah earphone.

7. biasanya kalau kita halakan stylus pen kat skrin akan ada 1 titik warna biru.

8. dekat ruangan letak bateri mesti ada sticker samsung.

9. stylus pen mesti sama warna dengan body.kalau body putih..s pen pun putih.

10. charger phone warna putih. kalau hitam tu AP Set la tu.

11. kat setting > about device > tgk kernel version FRI Jun 7 10:46:58 KST 2013. Kalau made in korea akan guna KST. Made In China guna CST. Ni den baco kat blog android la.

so far ni jer yg den tau la pasal SME punya set bagi SG Note 2 sebab den pengguna SG Note 2 SME.