Jana Duit Dengan Dropship

Jana Duit Dengan Dropship

Salam satu blogger. Sekali lagi Hanif Idrus Blog berbicara tentang bisnis on line. Kali ini tentang istilah dropship.
Saya mengambil artikel dari blogger Faizalias yang agak detail perbincangan tentang dropship ini.

Tempoh hari saya ada menerangkan bagaimana menjana duit dengan sistem affliate yang berbeza dengan dropship. Jom kita membaca artikel tentang dropship yang ditulis oleh blogger Faizalias.

Apa itu dropship? Mungkin anda yang masih baru tertanya-tanya apa itu dropship? Bagaimanakah sistem dia? Halal ke? Baik buruk dropship? Dropship ni sesuai untuk siapa? Anda jangan bimbang kerana saya akan cuba terangkan kepada anda dengan lebih detail lagi apa itu maksud dropship. Kepada pelawat blog saya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana dalam blog ini saya hanya tuju khas kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan perniagaan online.
Daripada pengalaman saya, dropship ini adalah sejenis perniagaan di mana kita menjual produk tanpa menyimpan stok. Dalam bahasa yang mudah, anda menjadi orang tengah. Kerja anda cuma mempromosikan produk tersebut dan apabila ada orang memgambil order dari anda, anda hanya buat pesanan kepada supplier anda tadi untuk menghantar barang tersebut kepada pelanggan. Dari segi teori dan praktikal, itulah maksud dropship. Saya harap anda lebih memahami serba sedikit sistem dropship ini.
Semua benda ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan sistem dropship ini adalah, anda tidak memerlukan stor yang besar untuk menyimpan stok. Sudah tentu jika anda ingin membuka stor memerlukan modal yang besar. Selain itu juga, anda tidak rugi apa-apa pun jika tiada pelanggan yang membeli barang daripada anda. Cumanya, anda tidak dapat untung sahaja. Dari segi modal pula, anda tidak perlu keluarkan sedikit pun wang anda kerana anda hanyarolling duit yang pelanggan bayar kepada anda untuk anda bayar balik kepada supplier anda. Untung anda simpan terus. Biasanya untung yang anda akan dapat adalah di antara RM5-RM10 untuk setiap barang. Jangan risau, anda sebenar sudah mendapat harga yang cukup murah daripada supplier anda untuk jual balik kepada pelanggan anda. Anda sebenar yang menentukan untung tadi. Bukannya supplier anda.
Dari segi kekurangan pula, supplier anda mesti tidak mempunyai stok yang cukup untuk setiap masa. Jadi andaikata anda nak jual baju muslimah jenis XX saiz M. Ada pembeli dah bertanya kepada anda untuk membeli baju tersebut. Tetapi apabila anda menghubungi supplier anda tadi, mereka dan kata sold out. Ini akan menjejaskan kredibiliti anda sebagai seorang penjual yang professional. Mungkin pelanggan tadi dah lari kepada penjual lain. Perkara ini cukup merugikan anda bukan? Perkara ini dah terjadi kepada saya.
Halal ke sistem dropship ni? Semestinya halal lagi suci. Kita cuma menjadi agen atau orang tengah sebagai transaksi jualan. Tiada paksa memaksa dan tiada istilah menindas mana-mana pihak dalam sistem ini. Malah, jika ada barang yang di hantar itu rosak, sesetengah supplier menawarkan pula untuk pemulangan secara percuma dan diganti dengan yang lebih elok. Jadi, tiada apa yang perlu anda ragukan tentang sistem ini. Lakukan bisnes secara yakin!
Siapa sebenar yang layak untuk guna sistem dropship ini? Bagi saya, sistem dropship ini amat sesuai kepada golongan yang sibuk tetapi ingin mencari duit sampingan dengan buat bisnes. Antaranya adalah pelajar, pekerja kerajaan, guru-guru dan lain-lain lagi. Dengan adanya sistem dropship ini, kerja mereka akan menjadi lebih mudah. Mereka hanya perlu buat promosi dan mengambil pesanan daripada supplier untuk dihantar terus kepada pelanggan tanpa menyimpan stok!

Catat Ulasan

7 Ulasan

Abam Kie berkata…
salam. camner nak join dropship ni?
THE AUTHOR berkata…
Salah satu laman web yg buat dropshop ialah edymall
MalizaMah berkata…
1st time dgr pasal benda nie.
Mummy MM berkata…
Best gak tapi saya belum berani nak join.
Aimacomel berkata…
Sy pun first time dengar psl dropship ni.
Tanpa Nama berkata…
tq share info..
Sukma berkata…
interested...boleh join...sharing is caring....