Stress Bila Sertai Contest SEO Eridy

Stress Bila Sertai Contest SEO Eridy

 
Contest SEO Eridy
Rasanya semua orang tahu pertandingan SEO yang sedang bertanding sekarang ini iaitu Contest SEO Eridy. Pada tahap pertandingan sebegini semua peserta akan menggunakan segala ilmu SEO mereka untuk mencapai kedudukan pertama dalam Google enjin carian.

Untuk aku, inilah kali kedua aku menyertai pertandingan SEO sebegini dan sudah semestinya aku tak menang..hahahahaha. Tapi aku belajar banyak perkara tentang SEO melalui pertandingan terdahulu.

Dan pertandingan kali ini aku lihat ramai otai-otai SEO turut menyertai Contest SEO Eridy dan dalam hati aku gembira kerana aku dapat melihat teknik penulisan serta keyword yang mereka gunakan dalam mencapai impian enjin carian pertama Google ini.
Contest SEO Eridy

Dan melalui pengalaman aku, jika anda membuat teknik SEO ini buatlah cepat-cepat, jangan tunggu lagi satu minggu nak habis contest baru nak pecut sebab enjin carian ini kadang-kadang nak indeks setiap backlink atau teknik SEO anda ambil masa yang tidak menentu.

Bukannya hari ini kau buat, esok kau dah dapat resultnya. Tapi yang biasanya setiap teknik SEO yang diguna ambil masa 2 minggu!!

Sudah lima hari aku join pertandingan ini dan hari ini baru merasa entri Hanif Bin Idrus Contest SEO Eridy berada di enjin carian pertama Google. Tapi aku tahu ianya hanya sekejap sahaja kerana sudah tentu blogger-blogger lain sedang dan akan berusaha mengguna teknik SEO mereka mencapai impian pertama.

Aku sedar tapi sekurang-kurangnya aku merasa juga ler melihat entri SEO aku berada di tempat pertama walau beberapa minit sahaja...hehehehehhe.

Jika nak dinilai para peserta yang menyertai pertandingan kebanyakannya PR3 ke atas, menggunakan domain sendiri serta pengetahuan yang luas dalam SEO maka harapan tu agak kabur.

Tapi aku harap semua rakan blogger jangan menyimpan fikiran negatif ini jika ada, anda menyertai Contest SEO, inilah masanya untuk kita belajar dan tajamkan ilmu kita.

Ini bukan soal menang atau tidak tetapi ilmu yang anda boleh perolehi dari pertandingan SEO ini. Segala teori yang anda belajar anda akan dapat melihat impaknya jika anda memasuki pertandingan SEO sebegini.

Dan tidak mustahil teknik SEO yang anda gunakan betul dan atas usaha yang berterusan....anda akan dapat membawa balik hadiah kemenangan...emmmm.

Aku memang tengah ghairah sangat ini tentang Contest SEO Eridy sebab aku nak lihat otai-otai SEO aku beraksi terutama Hasrul Hassan( HH) yang tidak kedekut memberi ilmu SEO.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Aimacomel berkata…
Cakap pasal contest seo eridy ni, saya xtau nk kata pe. Maklumlah, kita ni ikan bilis yg kecik2 je. Cukup kalau dapat bersaing dgn otai2 pun dah cukup utk peringkat awal ni. Banyak sgt benda nk kena belajar, dan yg penting mmg tak boleh fed up. Thanks abg hanif
MalizaMah berkata…
nanti boleh lah share kan... share mcm mana ada seo yg baik.
Tanpa Nama berkata…
hebat...sifu2 seo..
Sukma berkata…
all the best....masih banyak nak kena belajar.....