Apa Itu VEP?

Apa Itu VEP?


Tadi aku ada keluarkan artikel mengenai Singapura Mahu Boikot Malaysia disebabkan Malaysia akan memperkenalkan VEP sama seperti Singapura.

Pasti ramai yang keliru apa itu VEP dan bagaimana sistemnya.. Saya ada jumpa artikel yang ringkas dan baik. Dibawah penerangannya.

Apa itu VEP?

Kadar caj permit kenderaan asing.

Singapore antara negara yang melaksanakan VEP. Singapore mengenakan VEP kepada semua jenis pemilik2 kenderaan asing yang memasuki negara mereka.

Bagaimana VEP beroperasi?

Di Singapore, VEP bertujuan untuk menghadkan kemasukkan berpusu2 kenderaan asing ke dalam negara mereka. Oleh kerana negara mereka kecil, maka untuk mengelakkan kesesakan mereka memperkenalkan VEP. 

Sebelum ini kadar VEP ialah SG20 dan telah dinaikkan kepada SG35. Kadar baru berkuatkuasa pada 1 Ogos. Kalau convert ke matawang Malaysia maka RM90. Sebelum ini ialah RM51. Kenaikan ini memang tinggi dan sudah tentu kenderaan Malaysia akan terasa bebannya.

Jurucakap kepada kementerian pengangkutan SG memaklumkan ;

- Setiap hari 13,000 kenderaan asing berdaftar masuk ke Singapore.

- Ada dua jenis caj yang dikenakan.

- VEP mensasarkan kepada kenderaan asing yang memasuki Singapore.

- GVP untuk kenderaan asing yang mengangkut barangan masuk ke Singapore.

- Untuk VEP kadarnya ialah SG35 = RM90 bagi kereta setiap hari manakala untuk kenderaan barangan (GVP) pula bermula pada kadar di antara SG10 = RM25.6 dan SG40 = RM103 setiap bulan.

VEP di Singapore tertakluk kepada hari bebas VEP iaitu pada ;

-  Hari sabtu, ahad dan cuti umum Singapore.

- Setiap kenderaan diberikan percuma 10 hari setiap tahun bagi kemasukkan pada hari bekerja.

- Jika kenderaan asing masuk SG selepas 5 petang hingga 2 pagi pada hari biasa mereka dikecualikan VEP.

- Tambahan. Pada setiap musim cuti persekolahan pada bulan Jun dan Disember setiap tahun mulai 12 tengahari sampai ke jam 2 pagi dikecualikan dari bayaran VEP.

Kementerian pengangkutan SG memaklumkan 10% kenderaan dari Malaysia akan terjejas dengan kenaikan tersebut.

Sekarang dah faham apa itu VEP kan? Info tambahan. 

Kerajaan kita akan melaksanakan VEP seperti yang dilaksanakan oleh SG juga. Caj permulaan dicadangkan pada kadar RM20. Rakyat Malaysia sama sekali tidak akan terkesan dengan pengenalan VEP ini. 

Cuma kenderaan asing seperti dari SG, Indonesia, China, Brunei, Thailand, Myammar, LAOS dan sewaktu dengannya sahaja akan terkesan dengan pengenalan VEP ini.

Sumber cedukan dari: Amenoworld

Catat Ulasan

0 Ulasan