SELEPAS mengumumkan kehamilannya, dia menyampaikan lagu dengan penuh bertenaga untuk mengagumkan penonton Anugerah Muzik Video MTV, penghujung Ogos lalu.
Ketika orang lain memberi perhatian kepada anaknya yang bakal lahir, Beyonce Knowles muncul mempamerkan susuk tubuhnya yang tetap menggiurkan ketika menyampaikan klip video lagu Love On Top.
Dengan pakaian ketat, Beyonce tidak mempunyai sebarang masalah menonjolkan bentuk tubuhnya yang selama ini menjadi satu daripada keistimewaan penyanyi berusia 30 tahun itu.
Turut menarik perhatian, gerak langkah Beyonce melakukan aksi tarian sambil menyanyi lagu rancak itu dengan diiringi lima penyanyi lelaki.Menggunakan sekurang-kurangnya tiga pakaian berbeza, Beyonce juga beraksi tanpa coli, selain memakai seluar ketat untuk menayangkan pelbagai aset pada tubuhnya.
Seperti diketahui umum, bukan bahagian depan badan Beyonce saja yang menawan, malah dipandang dari tepi atau belakang, susuk tubuh penyanyi kelahiran Houston, Texas itu tetap menarik.
Di permulaan klip video itu, Beyonce muncul dengan hanya mengenakan seluar ketat hitam.
Pada minggu ini pula, Beyonce mula menunjukkan betuk perutnya yang berubah selepas tersebar khabar angin kononnya dia memalsukan berita kehamilannya.
Desas-desus itu timbul apabila peminat melihat pada perut Beyonce tidak menunjukkan dia dalam keadaan hamil ketika muncul dalam satu program televisyen di Australia.
Menjawab khabar angin itu, ejen Beyonce segera menganggapnya sebagai “bodoh, mengarut dan palsu.”
Sementara itu, Beyonce mempunyai cara tersendiri membuktikan dia tidak berbohong mengenai kehamilannya.
Beberapa hari lalu, dia muncul di khalayak ramai di New York dengan memakai pakaian yang menampakkan perutnya semakin membesar.
Beyonce dijadual melahirkan anak pertamanya Februari tahun depan.
1 Ulasan