Tajuk bahasa Inggeris...hehehehehe. Global katakan.
Berbalik pada sambungan teori Increase Traffic Perlu 10 Articel Setiap Hari, saya akan menyambung bagaimana nak buat 10 articel dalam masa satu hari.
Bukan mudah nak buat 10 articel dalam masa satu hari ..perkara pertama yag mencemburui kita adalah masa. Lainlah jika anda full time blogger atau student yang mempunyai masa untuk buat articel. Mula-mula check masa anda, jika anda boleh menyseuaikan diri anda dengan masa anda untuk membuat 10 articel....teruskan. Jika tidak , buat macam biasa atau anda cuba 4 atau 5 articel. Kita fikir secara realiti...
Bagaimana nak buat 10 articel, sebenarnya tidak susah cuma ia melibatkan kualiti articel kamu itu bagus atau tidak.. Jom Baca
a) Idea sendiri dari persekitaran kerja atau kehidupan seharian.
Ini bentuk entri yang paling popular dan asli. Biasanya semua blogger samada yang baru atau lama memang menjadi kebiasaan gunakan teknik ini. Tapi ia memakan masa seprti sekarang yang saya buat ini. At least mahu makan masa 40 minit belum campur edit lagi. Belum campur cari gambar yang sesuai dengan tajuk post.
Memang leceh tapi ia idea yang tulin...
b) Ambil entri dari berita/ online new
In paling mudah kerana anda hanya perlu cari topik yang panas kemudian copy and paste. Lepas tu komen sikit-sikit atau buat kesimpulan. Dan aku ada melihat blog-blog sedemikian mendapat pagerank yang baik. Tapi anda haruslah memilih topik yang panas dan baik.
c) Blog bergambarNI pun senang gak. Ada beberapa topik blog bergambar yang anda boleh masukkan. Sebagai contoh aku ni ada kamera DLSR...hehehhehehe. Ambil gambar yag aku suka masukkan dalam entri dan cerita sikit-sikit. Kedua ambil gambar-gambar yang kau orang jumpa kat e-mail kau orang atau internet, yang pelik-pelik, masukkan dalam blog.
d) Buat cerita episodSekarang ni memang jadi kegilaan blogger buat cerita episod yang serius atau kelakar. Trend kot? Bila buat episod ini anda mempunyai plot-plot yang telah anda fikirkan dan hanya perlu garap dalam post. Tapi agak susah juga. Hint dalam buat cerita episod ini jangan tulis panjang-panjang sangat. Nanti dari 30 episod jadi 15 ajer..hehehe
e) Buat tema mingguan /harian Ini paling popular gila. Sebagai contoh macam Wordless Wednesday atau yang aku sekarang buat Wordless Friday. Adalah topik yang paling tak tension. Let the picture talk...Kalau nak buat mingguan/harian ni janagan pilih tema yang susah-susah. Pilih yang santai ajer...
f) Copy and Paste Blogger Entry Ini pun paling popular, kalau jumpa entri yang best-best, anda copy dan paste ajer. Aku tak marah kalau ada sesiapa nak copy and paste entri aku cuma kasilah sedikit pujian kepada penulis tersebut dengan letakkan alamat blog dia. Kalau anda letak "nofollow" pun tak kisah janji peratusan kredit ada kepada penulis dihargai dan dikenali.
g) Pilih topik yang boleh buat entri banyak Topik pemilihan entri biarlah yang tiada kehabisan idea. Sebagai contoh trik blog atau cerit atentang teknolgi seprti handphone atau konputer merupakan tajuk yang tiada penghujungnya dan mudah diperolehi. Alang-alang kamu hendak pilih topik ,cari topik keyword yang evergreen seperti blog. Keyword yang paling tinggi orang search dalam Google.
Okeylah, malas nak tulis lagi. rasanya dah cukup teknik penulisan dan entri yang boleh kita gunakan untuk buat 10 articel satu hari. Kadangkala dalam satu masa kit amempunyai 20 idea untuk entri. Buat!!! Dan kemudian kamu post as schedule. Dalam blogspot ada satu aplikasi dekat entri yang kamu setkan schedule bila nak publish entri /articel anda. Gunakan aplikasi ini sebaik mungkin.
Prepare draft untuk semua articel.
Jangan mulakan 10 entri ini terlebih dahulu, kumpul maklumat dan pastikan dalam simpanan entri anda sekurang-kurangnya ada 20 entri sebagai back up jika ada hal yang tak dapat dielakkan. At least mest i ada 2 hari backup post.
Setelah siap semua preparation, baru anda mulakan.
Selamat berjaya kepada anda dan aku...hehehhehhe.
JOM BUAT 10 ENTRI SATU HARI... aku nak tengok apa perubahan yang bisa berlaku..
11 Ulasan
tapi tak salah untuk mencuba cara2 di atas...
thanks for sharing... ^_^
nanti saya cuba.