Kenderaan elektrik diketahui sangat senyap, dan ada beberapa sebab mengapa perkara itu tidak bagus.
Pertama, kenderaan tanpa bunyi adalah berbahaya, terutama bagi pejalan kaki, dan kedua, manusia secara semulajadi memang mahukan sesebuah kereta mempunyai bunyi seperti yang sepatutnya.
Jadi, syarikat pembuat kereta elektrik mula melantik penerbit muzik bagi membantu menghasilkan bunyi enjin tiruan.
“Kenderaan elektrik semakin popular, jadi isu mengenai bunyi perlu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelak ianya menjadi halangan kepada orang ramai untuk membeli kereta ini,” menurut pengarang majalah The Engineer, Jon Excell.
Penerbit muzik, Steve Levine, yang bertanggungjawab menerbitkan album kumpulan Beach Boys, Culture Club dan Motorhead berkata, pengguna secara semulajadi mahu mendengar bunyi enjin dan gear semasa memandu.
Jadi kereta elektrik pada masa depan akan mempunyai bunyi serupa dengan kereta biasa apabila syarikat kejuruteraan bunyi bergabung dengan pembuat kereta bagi menghasilkan bunyi enjin mengikut kelajuan dan keadaan kenderaan itu semasa ia sedang bergerak di jalan raya.
0 Ulasan