Laman temu jodoh saring pesalah seks

Laman temu jodoh saring pesalah seks

Syarikat penemu jodoh dalam talian utama, Match.com, dan operator laman sesawang ChristianMingle serta JDate, bersetuju untuk menyemak pelanggan masing-masing bagi mengesan pesalah seks serta menyaring pemangsa, kata pendakwa raya California, semalam.
Dasar baru itu turut digunakan untuk menyaring penipu - juga menyertakan beberapa langkah keselamatan tambahan bagi memudahkan sebarang penyalahgunaan dilaporkan segera.

Menurut syarikat terbabit, mereka mula mengambil langkah seumpama itu bagi melindungi pelanggan masing-masing sebelum ia diumumkan semalam.

Pendakwa Raya California, Kamala Harris, mencapai persetujuan dengan syarikat berkenaan selepas penubuhan Unit eCrime tahun lalu.

Unit itu digunakan untuk mendakwa pencuri identiti, penceroboh data dan sebarang jenayah membabitkan penggunaan teknologi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Spark Networks, Greg Liberman, berkata keselamatan ahli dan integriti laman sesawang menjadi keutamaan kepada mereka.


Catat Ulasan

0 Ulasan